tag:blogger.com,1999:blog-48751235089366596552024-03-04T22:53:52.348-08:00USTAZ MOHD FIRDAUS JAAFARPKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.comBlogger107125tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-49090002165434976402009-06-27T01:51:00.000-07:002009-06-27T01:52:23.926-07:00Blog Ahli Parlimen Jerai telah berpindahBlog MP Jerai telah berpindah. Sila layari http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.comPKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-86261245371576255012009-04-26T21:05:00.000-07:002009-04-26T21:08:14.487-07:00Kerajaan negeri bantu semua rakyat

SUNGAI LIMAU- Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bersama ketua kampung, ketua komuniti kaum Tiongha serta Ahli Parlimen Jerai telah melawat dua buah keluarga yang memerlukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baru-baru ini.
Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan berkata, telah menjadi dasar kerajaan negeri membantu semua kaum yang terdapat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik serta mentadbir negeri ini dengan adil.
Menurutnya, dengan inisiatif PKWR DUN Sungai Limau turun padang bersama pemimpin peringkat kampung serta JKM adalah untuk memastikan bantuan kepada mereka yang layak menerimanya dapat diluluskan dengan segera.
"Lawatan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan negeri ini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meminggirkan rakyatnya selama ini.
"Sambil membuat lawatan melihat keadaan dua buah keluarga tersebut, kerajaan negeri turut menghulurkan bantuan kepada keluarga itu dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, biskut dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di sini semasa beliau turut serta melawat dua buah keluarga tersebut, baru-baru ini.
Dua keluarga itu ialah, Tan Chee Wei, 30, mengidap strok yang menetap di kampung Simpang Tiga Sungai Limau bersama ibunya, Chan Ah Soon @ Chan merupakan ibu tunggal, manakala Woo Long Fooi, 54, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) tinggal seorang diri di Kampung Jerang Belanga.
Muzaini berkata, meminta ketua-ketua kampung yang ada di Kawasan Jerai untuk memberikan kerjasama terhadap kerajaan negeri dalam membantu semua rakyat kerana tidak mahu ada yang tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.
Kelmarin, Sinar Harian telah menghubungi JKM Guar Chempedak untuk mendapat jawapan status dua buah keluarga tersebut yang turut di lawati oleh kakitangan JKM, baru-baru ini.
JKM Guar Chempedak memberitahu bahawa sebanyak RM300 sebulan telah diluluskan kepada Chan Ah Soon @ Chan melalui Bantuan Orang Tua yang telah menjaga anaknya, Tan Chee Wei. Manakala status Woo Long Fooi yang merupakan OKU masih lagi dalam proses penyiasatan kes.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-16612569827409036612009-04-26T21:04:00.000-07:002009-04-26T21:05:52.123-07:00Peminat futsal di minta membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim pada 25 April ini.

JERAI- Lapan pasukan zon Selatan yang layak ke peringkat negeri dalam kejohanan futsal terbuka sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah pasukan Shuhada A, Shuhada C, Dacs A, Legenda, Tuah, Arena A, Al-Muqtadin, serta Afe 68.
Manakala lapan lagi pasukan bagi zon utara yang layak ke peringkat negeri ialah, Pida Ft, Public Bank, K-Team, Traxx, Whiz Sports, Lagenda, WGE, serta D-Futsal.
Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kejohanan tersebut merupakan anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah dan meminta peminat-peminat futsal untuk membanjiri di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar untuk menyaksikan pertandingan akhir kejohanan itu yang akan berlangsung pada 25 April ini.
Menurutnya, setelah mengadakan pertandingan peringkat zon, lapan pasukan terbaik akan di pilih untuk ke peringkat negeri.
"Saya mengharapkan rakyat di negeri ini dapat menyokong aktiviti kesukanan yang di adakan itu kerana dengan bersukan mampu membentuk minda kita ke arah pemikiran yang lebih positif," katanya kepada Sinar Harian ketika di hubunngi, kelmarin.
Johan di peringkat negeri nanti akan menerima wang tunai sebanyak RM3000 beserta piala iringan dan barangan Figos, naib johan RM2000 serta piala iringan, ketiga RM1000 serta piala iringan dan tempat keempat akan membawa pulang wang tunai RM500 serta piala iringan.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-22585089908982690802009-04-26T21:02:00.001-07:002009-04-26T21:04:12.605-07:00PKWR DUN Sungai Limau turun padang bantu rakyat Mohd Firdaus (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berupa barangan keperluan dapur kepada Woo Long Fooi di rumahnya di Kampung Jerang Belang, kelmarin.

KAMPUNG JERANG BELANG- Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan kerjasama Ahli Parlimen Jerai telah mengadakan lawatan ke rumah penduduk sekitar DUN Sungai Limau bertujuan menghulurkan bantuan.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri melalui PKWR DUN Sungai Limau bertujuan mencari penduduk kurang berkemampuan supaya mereka dapat di bantu.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan rakyatnya, melalui PKWR dengan bantuan daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) serta komuniti kaum Cina dan India maka setiap penduduk yang layak menerima bantuan akan di bantu.
"Bantuan akan di berikan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama mahupun kaum dan setiap permasalahan rakyat di minta pemimpin peringkat kampung mengambil tindakan segera menghubungi PKWR di kawasan masing-masing.
"Kita tidak mahu masih ada rakyat di negeri ini tercicir daripada perhatian kerajaan negeri, untuk menjayakan usaha tersebut maka aktiviti turun padang seperti hari ini (kelmarin) telah diadakan," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di sini semasa membuat lawatan sekitar DUN Sungai Limau, kelmarin.
Hadir sama, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Ketua Komuniti Kaum Tiongha Parlimen Jerai, Lee Kooi Kong, Pengerusi MKK Sungai Limau, Khor Ah Ching, Pengerusi MKK Kota Sarang Semut, Ng Lai Hock, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Guar Chempedak serta kakitangan PKWR DUN Sungai Limau.
Dalam program tersebut, Mohd Firdaus turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berupa barangan keperluan dapur kepada dua buah keluarga kaum Cina.
Mohd Firdaus berkata, untuk memastikan masyarakat di Parlimen Jerai yang layak memerima bantuan tidak tercicr, maka kakitangan JKM telah turut serta dalam program turun padang menemui penduduk sekitar DUN Sungai Limau tersebut.
"Bukan hanya di DUN Sungai Limau di adakan program seumpama ini tetapi saya akan memastikan seluruh Parlimen Jerai akan diadakan program ini, perkhidmatan kepada rakyat akan di berikan dengan adil," katanya.
Beliau berkata, apa yang diharapkan ialah kerjasama antara MKK, Ketua Kampung, Ketua Komuniti Cina dan India supaya memastikan penduduk di kawasan mereka yang layak menerima bantuan tidak tercicir, usaha membantu penduduk perlulah dilakukan dengan menghubungi pihak berkaitan.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-5890767381333444462009-04-26T20:59:00.000-07:002009-04-26T21:02:09.039-07:00MKK terus beri kerjasama terhadap kerajaan negeri Mohd Firdaus (kanan) semasa melawat salah seorang warga emas Mohd Dahlan Yaakob (tengah) di rumahnya di sini, baru-baru ini.

KAMPUNG SETAR- Majlis Ketua Kampung (MKK) sentiasa akan terus bekerjasama dan membantu kerajaan negeri ini dalam memastikan semua penduduk di sesebuah kampung mendapat perhatian dan tidak ada yang tercicir.
Pengerusi MKK Kampung Setar, Azizan Abu berkata, beliau sebagai pengerusi MKK akan sentiasa membantu masyarakat di kawasannya serta bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Menurutnya, di lihat kini kerajaan negeri yang mana ianya di takbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah banyak memperjuangkan rakyat, pelbagai permasalahan rakyat telah berjaya di selesaikan sejak pemerintahan setahun lalu.
"Saya akan terus membantu kerajaan negeri ini untuk memastikan masyarakat di bawah kawalan saya di peringkat kampung mendapat perhatian, pelbagai usaha telah dijalankan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
"Semua masyarakat pasti akan di berikan perhatian, dan saya sendiri sebagai pemimpin peringkat kampung yang telah di lantik oleh kerajaan negeri akan membantu masyarakat dengan adil dan saksama," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir sama melawat beberapa orang warga emas yang sakit sekitar kampung Setar, baru-baru ini.
Hadir sama melawat ialah Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, sambil melawat beberapa buah keluarga warga emas di kampung tersebut, Mohd Firdaus turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri berupa barangan dapur kepada keluarga tersebut.
Azizan berkata, dalam membantu meningkat ekonomi di kampungnya, satu projek berbentuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan di bangunkan di kampung tersebut yang kini masih dalam proses penubuhan, ianya merupakan di bawah biro hal ehwal wanita MKK kampung Setar.
"Segala permasalahan masyakat di kampung ini boleh bertemu dengan jawatankuasa MKK kampung ini, usaha akan dibuat dalam membantu masyarakat tanpa mengira fahaman politik mahupun kaum, kini motif utama ialah untuk memberikan keselesaan kepada semua masyarakat," katanya.
Beliau berkata, ingin masyarakat di negeri ini dan kampung Setar khasnya supaya dapat memberikan kerjasama yang baik terhadap MKK, ianya untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini di bawah PR berjalan lancar dalam membantu rakyatnya.
"Ini kerana kerajaan negeri ini merupakan kerajaan contoh di mana kerajaan negeri Kedah sentiasa mentadbir negeri dengan baik dan sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah tanpa melakukan sebarang pembaziran," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-8200524496517356982009-04-26T20:57:00.000-07:002009-04-26T20:59:53.872-07:00Kerjasama MKK mampu bantu basmi kemiskinan. Mohd Firdaus Jaafar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas, Shafie Putih (tengah) sambil diperhatikan oleh Pengerusi MKK Titi Serong, A. Halim Kadir.

TITI SERONG- Kerajaan negeri Kedah sentiasa memastikan semua rakyatnya hidup dalam keadaan selesa, ianya diberikan melalui sumbangan yang diberikan kepada masyarakat kurang berkemampuan daripada peruntukan kerajaan negeri ini dengan kerjasama Majlis Ketua Kampung (MKK) yang memberikan maklumat mengenai penduduk kawasan mereka.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan negeri ini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengambil berat terhadap rakyatnya, penduduk di negeri ini yang kurang berkemampuan turut di bantu demi memberikan keselesaan kepada semua tanpa mengira fahaman politik.
Menurutnya, oleh itu kerjasama daripada MKK dengan kerajaan negeri perlulah diperkukuhkan lagi kerana kita tidak mahu masih ada yang tercicir, kerjasama daripada MKK amat diperlukan dalam usaha kerajaan negeri ini menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Kini dilihat MKK telah memberikan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri, sebab itu sumbangan daripada peruntukan kerajaan negeri ini dapat di salurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mereka terus menjalani kehidupan ini.
"Dengan kerjasama tersebut menyebabkan hari ini (kelmarin) kita dapat mengenal pasti mereka (penduduk) yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ada yang sakit, warga emas dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar Titi Serong, kelmarin.
Sumbangan telah disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan diberikan dalam bentuk barangan dapur, sumbangan itu merupakan peruntukan daripada kerajaan negeri ini dalam membantu semua rakyatnya.
Mohd Firdaus berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, masyarakat turut disarankan supaya kita sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan jangan berbelanja mengikut nafsu, perancangan perbelanjaan perlulah dilakukan dengan berhemah.
"Rakyat di minta mencontohi kerajaan negeri ini yang melakukan perbelanjaan dengan cermat, kerajaan negeri ini hanya berbelanja dengan apa yang perlu sahaja dan tidak sesekali melakukan pembaziran.
"Justeru itu, rakyat negeri ini perlulah menyokong penuh kepimpinan kerajaan negeri ini yang kini di takbir oleh kerajaan PR, ini kerana kerajaan negeri ini merupakan kerajaan berkebajikan, adil serta benar-benar berkhidmat untuk rakyat," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-19344917177728763502009-04-26T20:55:00.000-07:002009-04-26T20:57:00.318-07:00PKWR Jerai terus bantu masyarakat dengan menganjur pelbagai aktiviti

JERAI- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai telah mengadakan pelbagai program khas untuk belia-belia di Parlimen itu tanpa mengira fahaman politik, usaha tersubut adalah untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan belia.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, PKWR sentiasa mengambil berat kepada masyarakatnya di semua peringkat umur, pelbagai usaha telah dijalankan semenjak negeri ini di perintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, antara usaha tersebut ialah dengan mengadakan jelajah bertemu dengan belia-belia di setiap kampung yang ada di parlimen Jerai dengan menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak yang telah berjalan beberapa bulan lalu lagi sehingga kini.
"Selain itu, PKWR Parlimen Jerai juga telah menganjurkan kem motovasi yang diadakan baru-baru ini di D'Yan Chalet khas untuk remaja di parlimen ini dengan penerapan nilai-nilai Islam di terapkan dalam diri mereka semasa menyertai program itu.
"Galakan juga diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang sama ada dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelbagai peperiksaan awam lain dengan menyumbang hadiah kepada yang cemerlang, ianya bertujuan memastikan anak-anak kita di parlimen ini berjaya," katanya kepada Sinar Harian ketika di hubungi, kelmarin.
Mohd Firdaus berkata, semua yang dilakukan oleh PKWR Parlimen Jerai adalah untuk memastikan masyarakat di parlimen itu tanpa mengira kaum agar terus mendapat perhatian dan tidak ada yang tercicir.
"Untuk memastikan tidak ada masyarakat yang tercicir, maka saya mengharapkan kerjasama daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) untuk bekerjasama dengan PKWR Parlimen Jerai dalam memastikan keselesaan masyarakat," katanya.
Beliau berkata, sehubungan itu meminta supaya rakyat negeri ini dan parlimen Jerai khasnya untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri ini supaya terus memerintah dan beliau yakin bahawa rakyat akan terus menyokong kerajaan PR.
"Sebagai contoh, dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, rakyat telah memilih calon PR yang di letakkan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-63699079932982960832009-04-26T20:53:00.000-07:002009-04-26T20:55:09.617-07:00Penyertaan futsal sempena keputeraan KDYMM Sultan Kedah meningkat.

JERAI- Penyertaan pertandingan futsal terbuka sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah terus meningkat, oleh itu kepada peminat-peminat permainan futsal boleh mula mendaftar untuk menyertai kejohanan futsal terbuka tersebut bermula 11 April ini di Sport Planet, Alor Setar.
Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sehingga kini penyertaan untuk menyertai pertandingan itu semakin meningkat penyertaannya, dan dijangkakan penyertaan tersebut akan terus bertambah.
Menurutnya, kejohanan tersebut telah mendapat penajaan daripada Figos dan kejohanan futsal itu terbuka kepada semua peminat futsal di negeri Kedah serta tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai kejohanan tersebut.
"Kejohanan futsal tersebut dibahagikan kepada tiga peringkat zon iaitu peringkat zon utara akan diadakan pada 11 April di Sport Planet, Alor Setar, zon selatan pada 12 April di Kulim Arena Futsal & Sport, Padang Serai manakala bagi zon tengah akan diadakan pada 18 April di Gurun Jaya Sport Centre, Gurun.
"Kepada mereka yang tidak sempat membuat pendaftaran pada 11 April ini, jangan risau kerana mereka boleh memilih untuk mendaftar pada hari lain di Kulim atau Gurun.
"Lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan bertanding di peringkat negeri, kejohanan peringkat negeri akan diadakan pada 25 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, selamam.
Pertandingan terbuka futsal tersebut adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah.
Beliau berkata, mengharapkan supaya belia di negeri ini akan turut menyertai pertandingan futsal tersebut kerana amalan bersukan akan memastikan tubuh badan anda terus sihat.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan futsal tersebut, mereka boleh menghubungi wakil zon tengah,shubihi (019-4433171), zon utara, Faizal (012-4626286) dan zon selatan, Syaiful (017-5689267).
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-36887295001629247412009-04-26T20:52:00.001-07:002009-04-26T20:53:41.267-07:00Kejayaan di Bukit Selambau dan Gantang tanda negara ini bakal di perintah PR.

JERAI- Diatas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar telah menunjukkan bahawa kerajaan PR terus disokong oleh rakyat negeri Kedah yang inginkan PR terus memerintah negeri ini.
Ketua Urusetia Penerangan Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, di lihat rakyat terus menyokong kerajaan PR yang di terajui oleh Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.
Menurutnya, rakyat telah sedar bahawa hanya kerajaan PR sahaja yang boleh membantu mereka untuk terus maju kehadapan, oleh itu sokongan telah diberikan oleh semua kaum termasuk kaum Cina, India dan Melayu kepada calon PKR yang memenangi dalam pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau kelmarin.
"Saya berterima kasih kepada pengundi-pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang yang telah memilih calon daripada PR untuk menjadi wakil rakyat mereka, kerana rakyat percaya bahawa hanya pemimpin daripada PR yang akan membantu mereka untuk mereka terus hidup dengan selesa.
"Rakyat telah tahu siapakah pemimpin yang boleh membantu mereka dan hanya kerajaan PR boleh membantu, ini boleh dilihat apabila negeri Kedah telah berjaya ditadbir oleh kerajaan PR setelah rakyat membuat pilihan untuk memilih calon daripada PR dalam pilihanraya umum lalu," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau telah dimenangi oleh S Manikumar (PKR) menang majoriti 2,403 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan serta 13 calon bebas lain yang bertanding dalam pilihanraya tersebut, kelmarin.
Mohd Firdaus berkata, manakala kemenangan calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan majoriti 2,789 menewaskan calon BN, Ismail Saffian menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak mahukan pilihanraya umum negeri itu diadakan semula.
"Ini kerana untuk membaik pulih semula sistem pemerintahan negeri itu yang mahukan kerajaan PR memerintah semula negeri tersebut," katanya.
Beliau berkata, dijangkakan pada pilihanraya umum akan datang akan menyaksikan pertandingan yang hebat di mana berkemungkinan besar negara Malaysia ini akan di perintah oleh kerajaan PR yang merupakan kerajaan yang terbaik untuk memerintah negara ini.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-75248959514832592942009-04-26T20:50:00.001-07:002009-04-26T20:52:01.539-07:00Kerajaan PR tidak pernah abaikan rakyat. Mohd Firdaus Jaafar.

BEDONG- Slogan calon Barisan Nasional (BN) "Pohon Restu Rakyat" sempena pilihanraya kecil N 25 Bukit Selambau dianggap oleh kepimpinan Pas sebagai hipokrit.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, slogan yang digunakan oleh calon BN, Datuk S Ganesan pada poster beliau adalah hipokrit semata-mata dan hanya mengelirukan pengundi di Bukit Selambau.
Menurutnya, sepatutnya BN memohon restu rakyat apabila ingin menaikkan harga minyak, menaikkan kadar tol dan pelbagai cukai yang telah dikenakan kepada rakyat selama ini.
"BN tidak pernah memohon restu rakyat ketika ingin menaikkan sebarang harga cukai dan sebagainya, ini adalah tidak adil bagi rakyat.
"Oleh itu, pengundi di Bukit Selambau perlu membuat pilihan bijak dalam memilih calon yang akan memimpin di kawasan mereka," katanya kepada Sinar Harian semasa di temui ketika hadir sama dalam majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tok Pawang, Bedong, baru-baru ini.
Hadir merasmikan majlis ialah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama & Pelajaran Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SJKT serta masyarakat setempat.
Beliau yang juga Ketua Urusetia Penerangan Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kedah bagi N 25 Bukit Selambau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa menjaga rakyatnya dan tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan harga sekiranya negara ini di perintah oleh PR.
"Contohnya hari ini (baru-baru ini), kerajaan negeri Kedah telah meluluskan sebidang tanah seluas 2.2 hektar untuk mendirikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tok Pawang, Bedong tanpa di kenakan sebarang premium.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri ini di bawah pemerintahan PR tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum yang ada di negara ini," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-86427943173049710912009-04-26T20:46:00.000-07:002009-04-26T20:50:06.364-07:00Kerajaan negeri bantu selesaikan masalah masyarakat India sejak 1935 Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (tengah) ketika majlis pecah tanah bangunan baru SJKT Sungai Tok Pawang, kelmarin.

SUNGAI TOK PAWANG- Kerajaan negeri Kedah telah meluluskan sebidang tanah seluas 5 1/2 ekar untuk mendirikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tok Pawang, Bedong tanpa di kenakan sebarang premium.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, SJKT Sungai Tok Pawang mula diasaskan pada tahun 1935 lagi, tetapi selepas merdeka impian ibu bapa yang inginkan bangunan baru sekolah tersebut masih belum tercapai.
Menurutnya, pada bulan Mac tahun lepas beliau telah dihubungi pemimpin kaum India di situ yang meminta kerajaan baru sekiranya memenangi dalam pilihanraya umum lalu untuk membantu menyelesaikan masalah ibu bapa kaum India di situ yang inginkan bangunan sekolah untuk anak-anak mereka.
"Oleh itu, saya telah berjanji sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi dalam pilihanraya umum tersebut akan ditunaikan janji bagi menyediakan sebuah bangunan baru khas untuk anak-anak kaum India di sini untuk mendapat pendidikan dengan lebih sempurna dan selesa.
"Selepas tiga bulan kerajaan PR mentadbir negeri ini setelah memenangi dalam pilihanraya umum tahun lalu, usaha telah dijalankan untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum tersebut," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah bangunan baru SJKT Sungai Tok Pawang, Bedong di sini, kelmarin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, Pengerusi Jawatankuasa Agama & Pelajaran Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SJKT serta masyarakat setempat.
Sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukan bagi membangunkan bangunan baru SJKT Sungai Tok Pawang untuk kemudahan anak-anak kaum India menimba ilmu.
Azizan berkata, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri PR tidak pernah melupakan janji yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya, apa yang dikatakan oleh pihak tertentu mengatakan kerajaan negeri ini yang di perintah oleh PR tidak menunaikan janji adalah tidak benar.
"Kerajaan negeri akan terus membantu sekolah ini dan juga sekolah-sekolah lain yang ada di negeri ini tertakluk kepada kewangan kerajaan negeri.
"Meminta pihak pengurusan SJKT Sungai Tok Pawang mencontohi kerajaan negeri ini berbelanja dengan berkhemah dan jangan lakukan pembaziran," katanya.
Beliau berkata, hari ini kerajaan negeri telah berjaya membantu menyelesaikan masalah kaum India di sini sejak tahun 1935 lalu yang memerlukan bangunan sekolah sendiri.
"Sebelum ini SJKT Sungai Tok Pawang hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang, dengan adanya pembinaan bangunan baru ini saya mengharapkan supaya anak-anak daripada kaum India di sini akan memperolehi pempelajaran dengan lebih baik.
"Kerajaan negeri ini sentiasa membantu rakyatnya, contohnya walaupun kerajaan negeri menurunkan cukai tanah tetapi kerajaan negeri ini tetap membantu rakyatnya kerana kerajaan negeri melakukan perbelanjaan dengan berkemah," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-8005586827940376922009-04-26T20:43:00.000-07:002009-04-26T20:45:45.618-07:00Pengundi N25 di minta buat pilihan bijak. Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di minta membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang dapat menerajui masyarakat kawasan tersebut dan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri ini.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih calon daripada Pakatan Rakyat iaitu calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S, Manikumar yang mewakili kerajaan negeri ini.
Menurutnya, pada pilihanraya umum yang lalu, rakyat tiada pilihan untuk memilih calon di sebabkan itu pengundi di Bukit Selambau ketika itu telah memilih calon Bebas iaitu, V Arumugam yang telah meletakkan jawatannya pada 8 Februari lalu.
"Kini rakyat telah mempunyai pilihan iaitu dengan memilih calon daripada PKR yang akan memperjuangkan rakyat di kawasan Bukit Selambau.
"Kerajaan negeri ini walaupun tidak mempunyai banyak pengalaman luas memerintah negeri ini dan baru sahaja memerintah negeri ini kira-kira setahun yang lalu, namun telah banyak perubahan yang telah dilakukan demi membantu rakyat di negeri ini," katanya kepada Sinar Harian ketika di hubungi, semalam.
Beliau yang juga Ketua Urusetia Penerangan Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kedah bagi N 25 Bukit Selambau berkata, yakin bahawa rakyat akan membuat pilihan yang tepat pada 7 April nanti, pilihan yang bijak akan memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman serta selesa.
"Kerajaan negeri ini tidak pernah membelakangkan mana-mana kaum yang ada di negeri ini, antaranya kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah untuk mendirikan sekolah Tamil Tok Pawang yang akan diadakan upacara pecah tanah pada 2 April ini.
"Apa yang telah dikatakan bahawa kerajaan negeri ini memilih kaum adalah tidak benar, kerajaan negeri juga telah melantik Majlis Ketua Kampung (MKK) daripada kalangan orang Cina dan India dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri ini," katanya.
Beliau berkata, selama ini saya juga sentiasa berurusan melalui komuniti kaum India dan Cina dalam menjalankan pentadbiran di Parlimen Jerai ini sendiri, begitu juga dengan masyarakat Melayu yang tidak pernah dipinggirkan selama ini.
"Walaupun calon daripada PKR merupakan wakil India, pengundi Melayu perlulah memilih calon tersebut demi mengekalkan kesejahteraan negeri Kedah yang kini di perintah oleh kerajaan PR.
"Di sebabkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak menetapkan jumlah calon yang boleh bertanding, menyebabkan pilihanraya kecil di Bukit Selambau pada kali ini mencacatkan sejarah dengan 15 calon semuanya yang akan bertanding.
"Mencadangkan supaya SPR menetapkan jumlah calon yang akan bertanding dalam satu-satu pilihanraya dengan menetapkan syarat-syarat tetentu seperti jumlah keahlian sesebuah parti dan sebagainya yang membolehkan seseorang calon itu menjadi calon," katanya.
Katanya, pengundi jangan silap memilih calon-calon lain dan menyarankan pengundi di Bukit Selambau akan keluar mengundi serta buatlah pilihan yang bijak demi kesejahteraan kerajaan negeri Kedah khasnya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-14306376270202809652009-04-26T20:40:00.000-07:002009-04-26T20:43:36.806-07:00PKWR Parlimen Jerai bantu remaja daripada terjebak dengan masalah gejala sosial. Mohd Firdaus Jaafar

CHORAS- Demi membantu remaja hari ini daripada terjebak dengan pelbagai masalah gejala sosial yang melanda dalam masyarakat, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai selama ini.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelbagai program serta aktiviti dirangka oleh PKWR selama ini, antaranya dengan mengadakan program-program motivasi khas kepada remaja di Parlimen Jerai telah diadakan.
Menurutnya, remaja hari ini merupakan pelapis negara kita pada masa akan datang, oleh itu kita masyarakat hari ini perlulah membantu mereka menjadi individu yang berkualiti dengan cemerlang dalam pelbagai bidang.
"Untuk mendapat individu yang berkualiti, pelbagi program serta aktiviti yang berfaedah perlulah diadakan, sekurang-kurangnya remaja hari ini mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk mereka lakukan dan tidak membuang masa.
"Kita tidak mahu anak-anak muda di Parlimen Jerai terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah seperti terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya yang hanya merosakkan masa depam mereka kelak," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Jerai FC dan Delima FC di padang Choras, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Ustaz Mohammad Ismail, ketua-ketua kampung berhampiran serta penduduk kampung itu.
Mohd Firdaus berkata, beliau sebagai wakil rakyat akan terus berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti khas untuk anak muda di Parlimen Jerai dan kini aktiviti bola sepak merupakan salah satu daripada cara mengelak daripada anak muda melakukan aktiviti lain yang tidak berfaedah.
"Ketua-ketua kampung perlu memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat tersebut, mengharapkan kerjasama yang baik antara satu sama lain terus terjalin, dengan ini apa yang kita rancangkan pasti menemui kejayaannya," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-89475038730459449072009-04-26T20:25:00.000-07:002009-04-26T20:37:03.808-07:00Bantuan khemah, jersi bantu kukuhkan masyarakat. Mohd Firdaus (kanan) menyampaikan jersi serta bola kepada salah seorang wakil kampung yang diberikan bantuan tersebut, kelmarin.

SUNGAI LIMAU- Sebanyak tujuh buah kampung telah menerima bantuan khemah, manakala lapan buah kampung lagi menerima jersi dan bola untuk keperluan masyarakat serta anak muda mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menang dalam pilihanraya umum lalu, telah banyak masalah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri ini dan banyak lagi masalah-masalah rakyat bakal di selesaikan.
Menurutnya, kerajaan negeri ini mempunyai sifat keterbukaan yang menyebabkan rakyat negeri ini terus menyokong kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin negeri ini mudah ditemui dan juga sentiasa mementingkan rakyatnya.
"Dengan bantuan khemah yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri ini, ianya adalah untuk keperluan masyarakat bagi pelbagai kegunaan, apabila ingin mengadakan sesuatu program atau majlis maka penduduk boleh menggunakannya.
"Dengan adanya kemudahan tersebut untuk mengadakan sesuatu program, secara tidak langsug hubungan antara masyarakat dalam sesebuah kampung itu akan terjalin dengan lebih kukuh," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan khemah dan jersi serta bola kepada masyarakat yang di wakili oleh ketua kampung masing-masing.
Tujuh kampung yang menerima bantuan khemah ialah Kampung Teluk, Selengkoh Kabu 10, Pulau Tembun, Kuala Sungai Daun, Kampung Pisang Sungai Dedap, Masjid Sungai Lintang serta Dulang Kechil, manakala lapan buah kampung lagi yang menerima jersi dan bola ialah Kampung Bukit Choras, Batu 12 Bukit Besar, Kuala Sala, Sungai Daun Tengah, Selengkoh, Batu 17, Simpang 3 Sungai Daun serta Simpang 4 Sedaka.
Bantuan tersebut dibuat dalam tiga fasa, iaitu pada bulan Mac, Julai dan Disember, sumbangan tersebut adalah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan sebelum ini bagi DUN Guar Chempedak telah di sampaikan dalam satu majlis khas.
Hadir sama, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Isteri Kepada Menteri Besar Kedah, Shamsiah Shafiei, Isteri kepada Ahli Parlimen Jerai, Kasmuri Jaafar, kepimpinan Pas Kawasan serta ketua-ketua kampung.
Mohd Firdaus berkata, bantuan pakaian sukan serta bola tersebut bertujuan supaya belia-belia di kawasan ini yang telah membuat permohonan itu agar mereka mempunyai aktiviti berfaedah untuk di lakukan setiap petang bagi kecergasan minda mereka.
"Dengan bantuan ini juga dapat membantu mengelak daripada belia-belia di kawasan ini terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
"Saya mengharakan supaya bantuan yang telah diberikan ini di jaga dengan baik supaya semua masyarakat dapat menggunakannya," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-73905108612254205572009-03-14T18:58:00.000-07:002009-03-14T19:00:25.652-07:00SUNGAI UDANG Berbincang...

Penduduk bersama Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar (Dua dari kiri) berbincang mengenai masalah bot pukat siput di kawasan pesisir pantai Kuala Sungai Udang. Disebabkan bot-bot pukat siput tersebut, telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan pesisir pantai di kawasan itu.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-79363402572500391582009-03-14T18:55:00.000-07:002009-03-14T18:57:39.158-07:00Pusat Latihan Langkasuka bantu cegah pengangguran pekerjaan. Antara tetamu yang hadir pada majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.

BEDONG- Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka kali ke-7 merupakan suatu kesempatan bagi pusat ini untuk memberi pengitirafan serta penghargaan kepada semua pelatih yang telah tamat dan berjaya menamatkan kursus dalam bidang kemahiran masing-masing dengan cemerlang.
Ketua Eksekutif Pusat Latihan Langkasuka, Dr Abdul Jalil Ahmad berkata, sektor industri dalam apa pun produknya menggunakan teknologi tinggi dan canggih, pasti memerlukan pekerja mahir yang berketerampilan di samping memiliki sifat inovatif serta kreatif.
Menurutnya, penguasaan teknologi dan kemahiran terkini hanya dapat diperolehi melalui latihan kemahiran yang berterusan. Justeru itu, Pusat Latihan Langkasuka telah menyediakan pembelajaran yang proaktif serta berketerampilan tinggi sesuai dengan korikulum Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membolehkan pelatih-pelatihnya menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang yang diceburi.
"Dalam usaha meningkatkan sumbangan kepada masyarakat, pusat latihan ini telah menjalinkan persefahaman serta kerjasama yang erat dengan Felda Prodata iaitu salah satu institusi yang diwujudkan oleh Felda dengan menawarkan latihan serta pembelajaran ditaja sepenuhnya oleh mereka (Felda) untuk anak-anak generasi baru Felda di seluruh negara sebagai salah satu obligasi sosial dalam membina semangat juang yang tinggi.
"Pada masa yang sama mereka memperoleh kemahiran Sijil Juruteknik Sistem Komputer tahap 02 dan 03 yang diitiraf dan dianugerahkan oleh JPK," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.
Abdul Jalil berkata, pada akhir tahun 2008, sebuah Pusat Kemahiran Automotive Antarabangsa berpengkalan di United Kingdum "The Institute Motor Industries- IMI" telah melantik Pusat Latihan Langkasuka sebagai "Pusat Satelit Automotive" mereka yang pertama di utara semenanjung Malaysia bagi menjalankankursus Automotive peringkat Diploma -IMI.
"Pelatih Automotive tahap 3 JPK Kementerian Sumber Manusia yang dilaksanakan di pusat ini berpeluang menambah selangkah lagi kemahiran sebagai program berkembar yang ditawarkan secara percuma oleh pusat ini dalam menokok tambah nilai bagi memperoleh pengitirafan antarabagsa," katanya.
Beliau berkata, statistik menunjukan lebih 80 peratus graduan pusat latihan tersebut yang telah tamat menjalani latihan industri telah memperoleh pekerjaan.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-34848884070434056642009-03-14T18:50:00.000-07:002009-03-14T18:53:53.756-07:00Pemuda Pas Jerai anjur pertandingan terbuka wau. Sebahagian peserta pertandingan wau secara terbuka bergambar kenangan bersama pihak penganjur.

SUNGAI YAN- Seramai 150 orang pemuda sekitar Jerai telah menyertai pertandingan wau terbuka yang merupakan anjuran Pemuda Pas Kawasan Jerai dengan kerjasama pemuda Pas Cawangan Kampung Tengah, Sungai Yan.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohammad Ismail berkata, pertandingan selama dua hari itu telah menarik sebilangan besar pemuda serta belia Jerai berkumpul dalam satu program dengan melakukan aktiviti sihat tersebut.
Menurutnya, pertandingan wau diakhir-akhir musim kemarau itu bermatlamat mengumpul pemuda-pemuda Jerai di kawasan tersebut dan kampung Tengah khasnya. Dengan cara itu hubungan antara pemuda di sini mampu dikukuhkan.
"Sebagai ketua pemuda Pas, saya telah merancang pelbagai aktiviti khas untuk pemuda-pemuda di Parlimen Jerai, ianya supaya ingin melihat pemuda-pemuda di sini bersatu antara satu sama lain, untuk mencapai matlamat itu maka program seumpama ini diadakan.
"Terbukti bahawa belia-belia di Jerai telah menyokong aktiviti pemuda Pas, ini kerana setiap aktiviti yang dianjurkan telah mendapat menyertaan yang begitu menggalakkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.
Pertandingan selama dua hari yang telah tamat kelmarin itu, turut diadakan acara sambingan khas untuk kanak-kanak seperti sukaneka. Acara tersebut telah membantu memeriahkan pertandingan wau itu di samping penduduk yang hadir dapat menyaksikan kehebatan peserta menaikkan wau masing-masing.
Pemenang tempat pertama pertandingan wau terbuka tersebut, akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua RM200 manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM100. Manakala hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.
Mohamaad berkata, walaupun hadiah tidak begitu lumanyan, tetapi penyertaan pemuda di sini amat menggalakkan. Oleh itu acara tersebut akan dijadikan acara tahunan pemuda Pas Kawasan Jerai pada tahun-tahun akan datang.
"Selain menyatukan pemuda kawasan Jerai, pertandingan itu juga merupakan aktiviti supaya kita masyarakat Melayu tidak lupa permainan tradisional kita dan ianya supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja oleh generasi akan datang serta luput ditelan zaman," katanya.
Beliau berkata, mengharapkan aktiviti pemuda seumpama itu dapat dijalankan di peringkat cawangan bagi kawasan Jerai, ianya banyak memberi kebaikan kepada belia supaya melakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-50795250295993165162009-03-14T18:44:00.000-07:002009-03-14T18:46:26.132-07:00Klinik bola sepak, asah bakat pasukan PKWR Jerai. Azman memberikan kata-kata semangat kepada pasukan bola sepak PKWR Parlimen Jerai, baru-baru ini.

GUAR CHEMPEDAK- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai telah mengadakan klinik bola sepak bertujuan melatih pasukan bola sepak yang akan mewakili PKWR Jerai dalam pertandingan-pertandingan bola sepak yang bakal diadakan sepanjang tahun ini.

PKWR Parlimen Jerai telah menjemput bekas pemain bola sepak Kedah, Azman Eusoff untuk memberi sedikit panduan dan serta teknik-teknik bermain bola dengan betul di samping mengajar skill-skill dalam sukan bola sepak.

Pelbagai panduan diberikan sempena klinik bola sepak tersebut, ianya telah memberikan banyak manafaat kepada pasukan bola sepak Parlimen Jerai kerana banyak ilmu berguna diperolehi.

Azman berkata, terdapat beberapa orang pemain pasukan bola sepak PKWR Parlimen Jerai mempunyai bakat terpendam, bakat mereka perlulah diukir supaya bakat-bakat yang ada pada pemain pasukan tersebut dapat diketengahkan.

Menurutnya, untuk berjaya dalam sukan bola sepak, seseorang itu perlulah mempunyai semangat ketekutan dalam diri masing-masing. Selain itu, latihan yang cukup perlulah dilakukan untuk membawa pasukan PKWR Jerai maju kehadapan.
"Selain itu, untuk seseorang itu berjaya dalam bola sepak, jangan sesekali memcampur adukkan dengan permainan futsal kerana corak permainan bola sepak dan futsal adalah berbeza sebenarnya," katanya kepada Sinar Harian.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-77611102476569571912009-03-14T18:34:00.000-07:002009-03-14T18:39:45.409-07:00Harakah bantu ringankan bebanan pesakit leukemia Mohd Firdaus (kiri) menyampaikan sumbangan daripada Harakah kepada Azmi bagi merawat penyakit anaknya.

YAN- Mohd Pinie Azmi, 19, telah mengidap penyakit leukemia sejak empat bulan yang lalu. Kini seluruh rambut beliau telah gugur dan memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk merawatnya, memandangkan keluarga itu menghadapi kesempitan hidup.

Bapanya, Azmi Ibrahim, 46, berkata, beliau hanya bekerja sebagai pemandu teksi terpaksa menyekolahkan tiga orang lagi anaknya yang masih bersekolah. Mohd Pinie merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik semuanya.

Menurutnya, anaknya dikesan mengidap penyakit tersebut pada 28 Disember tahun lalu. Penyakit anaknya dapat dikesan apabila gusi Mohd Pinie berdarah, apabila dibawa berjumpa doktor maka doktor telah mengesahkan bahawa anaknya mengidap penyakit luekimea.

"Untuk memastikan anak saya pulih daripada penyakitnya, kini anak saya itu telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar untuk mendapat rawatan lanjut. Difahamkan daripada doktor yang merawat anak saya bahawa untuk memulihkan penyakit tersebut memerlukan rawatan selama setahun lagi dari sekarang.

"Kini saya memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi merawat anak saya itu di samping menyekolahkan tiga lagi anak saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dirumahnya di Seberang Pekan Yan.

Untuk meringankan bebaban yang dialami Azmi bagi merawat anaknya itu, Harakah telah membantu menyumbang melalui tabungnya kepada keluarga itu sebanyak RM2000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Mohd Firdaus berkata, beliau berterima kasih kepada Harakah kerana telah membantu keluarga Azmi kerana anaknya mengidap penyakit luekemia dan kini sedang dirawat di Hospital Alor Setar. Diharapkan dengan sumbangan itu dapat meringankan bebanan keluarga tersebut.
"Meminta Azmi sekeluarga lebih tabah menempuh dugaan daripata Allah s.w.t dan sentiasa berdoa kepada-NYA di sampung berusaha melalui perubatan," katanya.

Beliau berkata, akhbar Harakah merupakan akhbar alternatif rakyat Malaysia untuk mengetahui berita-berita atau isu-isu semasa yang benar. Ianya adalah untuk rakyat mengetahui berita yang berkualiti serta mempunyai kebenaran yang sebenar.

"Oleh itu, diharapkan rakyat negara ini yang inginkan mengetahui maklumat terkini, supaya mereka melanggan akhbar Harakah kerana setiap pembelian akhbar tersebut telah menyumbang untuk tabung Harakah, melalui tabung itulah akan dibantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-79030904162932096152009-03-10T19:21:00.000-07:002009-03-10T19:23:24.747-07:00Belia perlu belajar kemahiran, elak penganguran. Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Belia hari ini diminta menceburi bidang kemahiran kerana dilihat bidang tersebut mampu membantu daripada berlakunya pengangguran pekerjaan di kalangan rakyat negeri ini memandangkan keadaan ekonomi negara kita kini tidak stabil.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelbagai kemahiran boleh dipelajari oleh belia-belia kerana banyak pusat-pusat kemahiran yang dibuka hari ini. Oleh itu dilihat sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi mempunyai permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.
Menurutnya, dengan adanya Pusat Latihan Langkasuka yang terletak di Gurun telah membantu belia-belia di kawasan ini untuk menimba pelbagai kemahiran, terdapat juga pelajar daripada negeri lain turut menimba ilmu dalam bidang kemahiran di institut tersebut.
"Malah kini dilihat peluang yang luas dibuka kepada anak-anak Felda Generasi Baru untuk belajar dalam bidang kemahiran, kerana mereka mendapat bantuan daripada Felda malah setelah tamat pengajian Felda ada menyediakan bantuan pinjaman untuk membuka perniagaan khas untuk anak-anak Felda.
"Walaubagaimanapun, untuk berjaya belia-belia di negeri ini perlulah mempunyai minat yang tinggi, sekiranya tiada minat sesuatu bidang yang diceburi sukar untuk mencapai kejayaan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir pada Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-10764545720491076712009-03-10T19:19:00.000-07:002009-03-10T19:21:18.050-07:00Belia perlu sertai pelbagai aktiviti. Mohd Firdaus Jaafar

KAMPUNG SETAR- Belia di Parlimen Jerai perlu berusaha mengukuhkan jati diri mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti berfaedah yang telah diadakan di Parlimen itu. Dengan penyertaan itu, ianya mampu mencapai matlamat tersebut.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau inginkan supaya belia-belia di Parlimen itu menyertai pelbagai aktiviti yang telah diatur. Penyertaan belia di sini mampu mendidik mereka menjadi individu yang berguna kepada masyarakat, negara serta agama.
Menurutnya, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai sendiri telah mengatur pelbagai aktiviti, ianya untuk disertai belia-belia di parlimen ini, antara program tersebut ialah seperti perlawanan bola sepak persahabatan antara pemuda kampung Setar.
"Apabila kita mengadakan aktiviti seumpama ini, secara tidak langsung akan menyatukan hubungan antara belia di sini sendiri. Hubungan antara satu sama lain amat diperlukan dalam menjayakan sesuatu program yang telah dirancang.
"Dilihat sehingga kini kerjasama amat baik antara belia-belia di kampung ini, kerjasama itu perlulah sentiasa diteruskan," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pemuda Jerai dan pemuda kampung Setar, baru-baru ini.
Hadir sama, ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail, Ketua Kampung Setar, Azizan Abu, ketua-ketua kampung berhampiran serta penduuduk kampung itu hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.
Mohd Firdaus berkata, dengan adanya aktiviti seumpama itu, sekurang-kurangnya belia-belia di sini mempunyai aktiviti untuk dilakukan pada masa terluang. Dalam masa yang sama, belia di sini dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.
"Belia merupakan pelapis negara pada masa akan datang, oleh kita kita perlu bersama-sama membantu belia di Parlimen ini supaya menjadi insan mulia dan terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti tidak berfaedah yang hanya merosakkan masa depan mereka kelak," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-8197959081430066682009-03-10T19:13:00.000-07:002009-03-10T19:17:21.732-07:00Harakah bantu ringankan bebanan pesakit buah pinggang. Mohd Firdaus (kiri) mewakili Harakah menyampaikan sumbangan kepada Muad, kelmarin.

SUNGAI ROTAN- Harakah telah menyumbang wang tunai sebanyak RM2000 kepada Muad Nasir @Chit kerana mengidap sakit buah pinggang. Sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan Muad untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Penyampaian sumbangan daripada tabung harakah itu telah diwakili oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.
Mohd Firdaus Jaafar berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha Harakah membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti Muad untuk mengubati penyakitnya itu.
Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan aktiviti sosial dalam membantu masyarakat. Walaupun sumbangan tersebut tidak banyak, tetapi ianya dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan seperti Muad.
"Mengharapkan supaya Muad dapat menggunakan sumbangan tersebut untuk mengubati penyakit buah pinggangnya, serta meringankan bebanan yang beliau tanggung selama ini," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menyampaikan sumbangan tersebut di rumah Muad, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Ustaz Mohamad Ismail, kakitangan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai, ketua kampung Sungai Rotan serta jawatankuasa Pas cawangan kampung tersebut.
Sementara itu, Muad berkata, beliau merupakan pesara tentera dan telah mengidap penyakit buah pinggang kira-kira lima tahun lalu. Semenjak itulah beliau berulang-alik ke hospital Pantai di Sungai Petani untuk merawat penyakitnya itu.
"Dalam seminggu sebanyak tiga kali saya akan ke hospital Pantai di Sungai Petani untuk untuk merawat penyakit saya. Segala perbelanjaan kos ke sana terpaksa saya tanggung sendiri serta dengan bantuan anak-anak yang telah bekerja.
"Saya mempunyai enam orang anak semuanya dan tiga daripadanya telah bekerja, manakala tiga lagi masih bersekolah. Anak-anak yang telah bekerja inilah telah banyak membantu adik-adik mereka untuk meneruskan persekolahan, manakala isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
"Mengucapkan terima kasih kepada Harakah kerana telah membantu saya sekeluarga, sekurang-kurangnya dengan bantuan tersebut dapat membantu meringankan bebaban saya untuk merawat penyakit saya ini," katanya.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada Muad, mereka boleh datang terus kerumahnya di alamat Lot 3, belakang surau kampung Sungai Rotan, Gurun Kedah.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-9301997113049953002009-03-10T19:10:00.001-07:002009-03-10T19:11:37.339-07:00Umat Islam perlu mengikut jejak langkah rasullah. Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Umat Islam diminta mengingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Sempena hari keputeraan baginda pada 12 Rabiulawal ini, ianya memberi peluang kepada kita mengingati semula perjuangan rasullah dalam menyebarkan agama Islam.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, sempena sambutan Maulidurrasul pada hari Isnin ini, kita umat Islam perlulah mengingati perjuangan rasullah dalam menyebarkan syiar Islam sehingga ianya tersebar luas.
Menurutnya, rasullah telah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan dalam menyebarkan agama Allah s.w.t iaitu Islam kepada masyarakat. Pelbagai penghinaan telah dilakukan terhadap baginda, tetapi baginda begitu tabah untuk membawa agama Islam.
"Masyarakat hari ini perlu melihat kisah-kisah rasullah ketika zamannya, sewajarnya kita hari ini juga berusaha dalam menyebarkan agama Islam dan segala rintangan dan dugaan yang ditempuhi perlulah dilalui dengan hati yang tabah.
"Umat Islam mesti menjadikan rasullah sebagai panduan kita, seperti melakukan sunnah-sunnah Rasullah kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diberikan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.
Mohd Firdaus berkata, pada masa pemerintahan rasullah, baginda memerintah dengan baik manakala pentadbiran negerinya begitu mengkagumkan. Oleh itu kerajaan negara kita hari ini juga perlu mengikut corak pemerintahan rasullah.
"Sebagai contoh, umat Islam lelaki kebanyakannya mengunakan nama "muhammad" di pangkal nama kerana nama tersebut begitu cantik seperti nama rasullah. Oleh itu jangan sekadar nama sahaja, malah sunnah rasullah yang lain perlulah kita umat Islam hari ini ikutinya," katanya.
Beliau berkata, mengharapkan supaya umat Islam hari ini mengadakan sambutan maulidurrasul di masjid-masjid sebagai tanda kita mengingati rasullah, sambutan maulidurrasul tersebut perlulah diisi dengan kuliah-kuliah agama mengingati perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam.

PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-48685222254368699842009-02-21T21:08:00.001-08:002009-02-21T21:09:53.517-08:00Belia perlu sertai pelbagai aktiviti. Mohd Firdaus (duduk tengah) bergambar kenangan bersama pemuda kampung setar sebelum perlawanan bola sepak persahabatan berlangsung.

KAMPUNG SETAR- Belia di Parlimen Jerai perlu berusaha mengukuhkan jati diri mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti berfaedah yang telah diadakan di Parlimen itu. Dengan penyertaan itu, ianya mampu mencapai matlamat tersebut.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau inginkan supaya belia-belia di Parlimen itu menyertai pelbagai aktiviti yang telah diatur. Penyertaan belia di sini mampu mendidik mereka menjadi individu yang berguna kepada masyarakat, negara serta agama.
Menurutnya, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai sendiri telah mengatur pelbagai aktiviti, ianya untuk disertai belia-belia di parlimen ini, antara program tersebut ialah seperti perlawanan bola sepak persahabatan antara pemuda kampung Setar.
"Apabila kita mengadakan aktiviti seumpama ini, secara tidak langsung akan menyatukan hubungan antara belia di sini sendiri. Hubungan antara satu sama lain amat diperlukan dalam menjayakan sesuatu program yang bakal diadakan.
"Dilihat sehingga kini kerjasama amat baik antara belia-belia di kampung ini, kerjasama itu perlulah sentiasa diteruskan," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pemuda Jerai dan pemuda kampung Setar, baru-baru ini.
Hadir sama, ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail, Ketua Kampung Setar, Azizan Abu, ketua-ketua kampung berhampiran serta penduuduk kampung itu hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.
Mohd Firdaus berkata, dengan adanya aktiviti seumpama itu, sekurang-kurangnya belia-belia di sini mempunyai aktiviti untuk dilakukan pada masa terluang. Dalam masa yang sama, belia di sini dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.
"Belia merupakan pelapis negara pada masa akan datang, oleh kita kita perlu bersama-sama membantu belia di Parlimen ini supaya menjadi insan mulia dan terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti tidak berfaedah yang hanya merosakkan masa depan mereka kelak," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4875123508936659655.post-56711380463889673332009-02-21T20:54:00.000-08:002009-02-21T20:58:40.526-08:00Pukat siput jejaskan pendapatan nelayan. Mohd Firdaus (dua dari kiri) bersama penduduk Kuala Sungai Udang memohon pihak berkenaan atasi masalah bot pukat siput.

KUALA SUNGAI UDANG- Nelayan bot pukat siput yang sepatutnya beroperasi tiga batu notika dari pesisir pantai telah melanggar kawasan nelayan pesisir pantai sekitar Kuala Sungai Udang, masalah itu berlaku beberapa bulan lalu sehingga kini.
Untuk menyelesaikan masalah itu, Ketua Kampung Keda Kuala Sungai Udang, Abd Majid Abd Ghani telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan nelayan bot-bot pukat siput yang beroperasi di perairan Yan terutamanya di Kuala Sungai Udang sejak beberapa bulan itu.
Abd Majid telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada jam 10.42 pagi kelmarin.
Menurutnya, beroperasinya bot-bot itu telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan pesisir pantai di sini. Bot pukat siput tersebut hanya boleh beroperasi tiga batu notika jauhnya dari perairan pantai, tetapi nelayan tersebut telah melanggar kawasan.
"Saya mewakili nelayan di kawawsan ini memohon kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat mengambil tindakan, demi membantu nelayan pesisir pantai di sini untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang banyak seperti sebelum ini," katanya.
PKWR Parlimen Jeraihttp://www.blogger.com/profile/10043255662854687031noreply@blogger.com0