Sunday, August 10, 2008

15 keluarga di Sg. Limau terima bantuan baiki rumah

Seramai 15 keluarga di sekitar Sungai Limau telah menerima bantuan membaiki rumah hasil dari derma dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Kemasyarakatan Jerai yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerai.

Jumlah keseluruhan bantuan bagi fasa pertama adalah berjumlah RM35,000 yang melibatkan kerja-kerja menggantikan bumbung rumah, pembinaan dapur dan bilik air serta kerja-kerja membaiki rumah yang telah uzur.

Tabung Kemasyarakatan Jerai dilancarkan baru-baru adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan di Parlimen Jerai. Segala sumbangan yang diterima akan digunakan dan diuruskan sebaik-baiknya untuk membantu masyarakat yang daif dan memerlukan pertolongan.

Pada masa ini, Tabung Kemasyarakatan Jerai sedang giat mengumpul dana untuk bantuan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi. Sokongan dari penderma yang budiman amat dialu-alukan untuk mengisi tabung bantuan hari raya ini.

Derma dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB - 02084010027723 PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PARLIMEN JERAI atau melalui cek dan dihantar ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai, No. 2D Arked Majlis Daerah Yan, 08800 Guar Chempedak, Kedah.


Lawatan YB Ustaz Firdaus Jaafar ke rumah penerima bantuan memperbaiki rumah di sekitar Sungai Limau

Saturday, August 9, 2008

Meninjau kerja-kerja pemotongan dahan pokok di hadapan Sek. Keb. Sri Jerai, Gurun

Rungutan ibu-bapa dan guru di sekolah terbabit yang risau tentang keselamatan anak-anak pelajar di sekolah terbabit apabila hari hujan dan ribut telah mendapat perhatian segera dari pihak terbabit dan mengarahkan MPSPk untuk bertindak segera bagi menyelesaikan rungutan dan aduan tersebut.

Yb Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) dan Sdr. Muzaini Azizan (Ahli Majlis MPSPk) berkesempatan meninjau kerja-kerja pemotongan dahan pokok yang telah reput di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Jerai. Guru Besar sekolah terbabit mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan dan tindakan segera yang telah dilakukan.

Karnival Sukan Sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah

Sempena sambutan kemerdekaan kali ke 51 peringkat negeri Kedah, satu karnival sukan akan diadakan di perkarangan Stadium Darulaman, Kedah pada 30hb Ogos yang akan datang.
YB Firdaus telah dipilih untuk mengetuai jawatankuasa karnival sukan sempena sambutan kemerdekaan tersebut.

3 acara telah dipilih dan dipersetujui untuk dipertandingkan pada hari tersebut iaitu kenduri sepak raga, pertandingan street soccer jemputan antara jabatan dan agensi dan pertandingan tarik tali jemputan Kedah.

Kepada pasukan yang berminat sila hubungi AJK seperti senarai di bawah untuk mengesahkan penyertaan. Penyertaan adalah terhad.

1. Kenduri sepak raga - En. Fauzi 0164313814
2. Street soccer - En. Abd Rahman 0134679144 @ En. Abd Rahim 0124765450
3. Tarik tali jemputan - En. Baharom 0125517918 @ En. Bon Rit Song 0194735769

sedang mempengerusikan mesyuarat AJK sambutan

lawatan ke lokasi cadangan di perkarangan Stadium Darulaman








Melawat mangsa ribut di DUN Gurun