Monday, October 13, 2008

Rumah ahli PAS hangus dalam kebakaran di Titi Serong, Yan

Yan (14 Okt) - Kedukaan yang dihadapi keluarga mangsa kebakaran rumah kediaman di Titi Serong, Yan malam tadi telah mendapat perhatian Dewan Muslimat PAS Jerai dan isteri Ahli Parlimen Jerai.

Sopiah binti Ramli, 64 melahirkan rasa terharunya apabila dikunjungi rombongan yang diketuai Puan Kasmuri Jaafar iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Jerai.

Menurut Makcik Sopiah, ketika kejadian beliau berada di rumah jiran yang berhampiran dan hanya menyedarinya apabila terlihat api marak dirumahnya. Sebuah motosikal milik anaknya turut musnah dalam kebakaran tersebut. Kerugian dianggarkan melebihi RM80 ribu.
Dalam kunjungan tersebut Puan Kasmuri Jaafar turut menyampaikan sumbangan peribadi dari Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut. Sementara itu Puan Zurinda Khamis mewakili Dewan Muslimat PAS Jerai turut menghulurkan sumbangan kepada Makcik Sopiah.

1 comment:

Kedahlanie said...

mintak pusat khidmat buat penerangan dgn bomba utk rakyat jerai pasal mencegah kebakaran...tengok kerap sangat terjadi nie...langkah mencegah kurang dititik berat kot..