Sunday, April 26, 2009

Kerajaan negeri bantu semua rakyat


SUNGAI LIMAU- Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bersama ketua kampung, ketua komuniti kaum Tiongha serta Ahli Parlimen Jerai telah melawat dua buah keluarga yang memerlukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baru-baru ini.
Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan berkata, telah menjadi dasar kerajaan negeri membantu semua kaum yang terdapat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik serta mentadbir negeri ini dengan adil.
Menurutnya, dengan inisiatif PKWR DUN Sungai Limau turun padang bersama pemimpin peringkat kampung serta JKM adalah untuk memastikan bantuan kepada mereka yang layak menerimanya dapat diluluskan dengan segera.
"Lawatan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan negeri ini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meminggirkan rakyatnya selama ini.
"Sambil membuat lawatan melihat keadaan dua buah keluarga tersebut, kerajaan negeri turut menghulurkan bantuan kepada keluarga itu dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, biskut dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di sini semasa beliau turut serta melawat dua buah keluarga tersebut, baru-baru ini.
Dua keluarga itu ialah, Tan Chee Wei, 30, mengidap strok yang menetap di kampung Simpang Tiga Sungai Limau bersama ibunya, Chan Ah Soon @ Chan merupakan ibu tunggal, manakala Woo Long Fooi, 54, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) tinggal seorang diri di Kampung Jerang Belanga.
Muzaini berkata, meminta ketua-ketua kampung yang ada di Kawasan Jerai untuk memberikan kerjasama terhadap kerajaan negeri dalam membantu semua rakyat kerana tidak mahu ada yang tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.
Kelmarin, Sinar Harian telah menghubungi JKM Guar Chempedak untuk mendapat jawapan status dua buah keluarga tersebut yang turut di lawati oleh kakitangan JKM, baru-baru ini.
JKM Guar Chempedak memberitahu bahawa sebanyak RM300 sebulan telah diluluskan kepada Chan Ah Soon @ Chan melalui Bantuan Orang Tua yang telah menjaga anaknya, Tan Chee Wei. Manakala status Woo Long Fooi yang merupakan OKU masih lagi dalam proses penyiasatan kes.

5 comments:

stabrock said...

Salam Ustaz,

Saya Mohd. Zaki bin Johari anak jati Sg. Yan ingin bertanyakan ke manakah bantuan yg sepatutnya disalurkan utk rakyat Sg. Yan?
Contohnya bantuan ibu tunggal,zakat, anak yatim dsb.

Nombor telefon (017-4038362)

Terima kasih,

Zaki

Anonymous said...

Hai awat tak dak jawapan utk sdr Mohd Zaki dr Sg Yan?

Dia siap bagi no telefon lagi...

Saya cuba jugak contact sdr Zaki, tp no yang saya dail itu tiada respon walaupun bunyi macam dah diangkat...

Kedahlanie said...

awat tak update blog nie...

kan hari nie ada event MB mai gotong royong kat guaq, apasai tak guna blog utk hebahkan...

stabrock said...

Salam Sdr Rajasedaka,

Minta maaf mgkin sy x dngr panggilan sdr.
Boleh sdr brhubung semula dgn sy atau bagaimana sy ingin mnghubungi sdr. Boleh sertakan nombor di sini... Bantuan ini utk ibu sy.

Terima kasih

The Clown said...

Assalamu'alaikum YB!

Maafkan saya kerana membuat ulasan yang tidak ada kena mengena dengan entri Ustaz. Saya tidak sangat berminat dengan permasalahan-permasalahan besar yang melibatkan hal-hal global dan negara. daripada bercakap mengenai masalah SPR, SPRM, PDRM dan Hulu Selangor, adalah lebih baik berbicara tentang 'tempat kita' yang belum selesai.

Pernahkah Ustaz melalui jalan dari Guar Chempedak ke Yan? Tentu sekali pernah kerana pejabat PKWR berada di kawasan tersebut. Dan tentunya Ustaz pernah melihat bagaimana para peniaga buah-buahan di hadapan bangunan Koperasi Pekan Rabu meletakkan barangniaga mereka.

Ruang pejalan kaki ditutup terus dengan buah-buahan malah melangkaui lorong pertama jalanraya di hadapan bangunan tersebut. Ustaz tentu dapat bayangkan di mana orang hendak berjalan kaki jika ruang pejalan kaki telah ditakluki peniaga-peniaga tersebut. Hal ini diburukkan lagi dengan pemilik kenderaan yang 'buta perut' memberhentikan kereta mereka di atas jalanraya itu untuk membeli buah-buahan.

Perkara ini amat menyumbang kepada kesesakan jalanraya terutama pada hari Rabu dan Sabtu. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Aliran kenderaan tersekat-sekat kerana ada pula tempat 'pusingan U' di hadapan dan orang ramai tiada jalan alternatif.

Telah lebih setahun perkara ini menjadi masalah. Tidak ada pihak yang ambil peduli. MDY seperti tidak peka dan tidak nampak. mungkinkah mereka 'telah menerima sesuatu' menyebabkan mereka tidak dapat bertindak? Pihak polis pula tidak mengambil tindakan kepada kereta-kereta yang berhenti sesuka hati ini.

Hanya Wakil Rakyat tempat kami mengadu. Dan rasanya masalah ini lebih penting dari bercerita tentang Hulu Selangor dan APCO.

Bukankah 500 meter dari situ terdapat Pasar Tani yang sentiasa lengang? Adakah bangunan cantik itu hanya sekadar 'Gajah Putih' sahaja? Jasa baik Ustaz amat dihargai.

Sekian, terimakasih!