Wednesday, August 27, 2008

Dialog dengan bomba sukarela di Parlimen Jerai


Majlis dialog Ahli Parlimen Jerai (YB Ustaz Firdaus Jaafar) dengan Pasukan-pasukan Bomba Sukarela di Balai Bomba Sukarela Guar Chempedak pada 24hb Ogos dihadiri oleh 5 pasukan bomba sukarela di sekitar Parlimen Jerai. Turut hadir ke majlis itu ialah En. Muzaini Azizan (Pegawai Khas YAB Menteri Besar) dan En. Aziz (Ketua Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak).
Dalam dialog tersebut, semua wakil pasukan yang hadir meminta Ahli Parlimen Jerai untuk mengutarakan di dalam sidang Parlimen berkenaan peruntukan tahunan kerajaan kepada pasukan bomba sukarela bagi membiayai kos penyelenggaraan jentera dan peralatan mereka. Selama ini pasukan-pasukan bomba sukarela hanya bergantung kepada derma dari orang ramai bagi membiayai kos tersebut kerana tiada peruntukan dari kementerian terbabit.

2 comments:

Unknown said...

Saya menyokong permintaan mereka ini kerana sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam menyelamatkan nyawa dan mangsa kebakaran. Teringat saya ketika Pondok Pak Man Bukit Besar terbakar beberapa tahun yang lalu, pasukan bomba sukarela yang sampai dahulu membantu memadamkan kebakaran. Saya yang turut berada di tempat kejadian begitu terharu dengan kepantasan dan komitmen mereka yang bukan islam membantu penduduk pondok pak Man ketika itu.Walaupun saya berpakaian kemas kerana sedang bekerja ketika itu terus menyingsing lengan membantu mereka kerana tercabar dengan kesungguhan mereka .
satu lagi YB boleh minta orang-orang Melayu dan India turut menyertai Pasukan Bomba Sukarela tu.

PKWR Parlimen Jerai said...

terima kasih atas pandangan raja sedaka.. untuk makluman YB telah mengajukan soalan berkaitan peruntukan kepada bomba sukarela ni dalam sessi parlimen yg lepas dan insyaallah kita kami sedang menunggu jawapan bertulis dari kementerian terbabit. YB juga akan berucap untuk membahaskan bajet 2009 selepas raya ni dan perkara yang sama akan disentuh dalam ucapan tersebut.. insyaallah