Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.

Ramadhan merupakan bulan kurnia dan ganjaran bonus dari Allah swt kepada umat Islam. Seharusnya semua umat Islam mengambil kesempatan dan merebut peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Peluang yang datang ini belum tentu akan datang semula di masa akan datang.

Oleh itu, PKWR Jerai sedang mengumpul dana bantuan hari raya untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan di Parlimen Jerai menyambut hari raya yang bakal tiba ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui akuan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai (Bank Islam - 02084010027723).

Sumbangan anda adalah dihargai dan diucapkan jazakallah..
adalaha
YB Ustaz Firdaus Jaafar
Ahli Parlimen Jerai

Kenduri sepakraga tuju sempena merdeka


PKWR Jerai telah menganjurkan kenduri sepakraga tuju sempena sambutan kemerdekaan di kaki Gunung Jerai pada 30 Ogos 2008. Program sepetang itu dirasmikan oleh Encik Muzaini Azizan (Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah) bagi mewakili YB Ustaz Firdaus Jaafar yang berada di luar kawasan atas urusan rasmi.

Wednesday, August 27, 2008

Dialog dengan bomba sukarela di Parlimen Jerai


Majlis dialog Ahli Parlimen Jerai (YB Ustaz Firdaus Jaafar) dengan Pasukan-pasukan Bomba Sukarela di Balai Bomba Sukarela Guar Chempedak pada 24hb Ogos dihadiri oleh 5 pasukan bomba sukarela di sekitar Parlimen Jerai. Turut hadir ke majlis itu ialah En. Muzaini Azizan (Pegawai Khas YAB Menteri Besar) dan En. Aziz (Ketua Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak).
Dalam dialog tersebut, semua wakil pasukan yang hadir meminta Ahli Parlimen Jerai untuk mengutarakan di dalam sidang Parlimen berkenaan peruntukan tahunan kerajaan kepada pasukan bomba sukarela bagi membiayai kos penyelenggaraan jentera dan peralatan mereka. Selama ini pasukan-pasukan bomba sukarela hanya bergantung kepada derma dari orang ramai bagi membiayai kos tersebut kerana tiada peruntukan dari kementerian terbabit.

Sunday, August 24, 2008

Surat Presiden PAS kepada pengundi Permatang Pauh

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.
Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.
Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Pemilihan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.
Saudara/i yang dihormati sekelian,
Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.
Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.
Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.
Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.
Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.
Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.
Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.
Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.
Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.
Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.
Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.
Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya'aban 1429 / 24 Ogos 2008.

Kedah julang Piala Malaysia


RENTAK tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini.

Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah. Penantian mereka tidak lama apabila 11 minit kemudian, berpunca daripada sepakan percuma Indra yang sekadar ditampan penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Frank Seator paling awal meluru untuk menyepak masuk bola lantunan itu. Tetapi Kedah bukan mudah mengalah.

Selepas beberapa ancaman, termasuk dua aksi hebat Suffian Rahman mempertahankan gawang Selangor pada minit ke-29, Hijau Kuning mengikat kedudukan dua minit selepas itu apabila penyerang Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk gol penyamaan.

Tidak cukup dengan jaringan itu, ledakan Nelson San Martin hasil umpanan ke belakang Khyrill Muhymeen Zambri, menyinggahi palang atas sebelum melantun turun menggegar jaring untuk Kedah di depan 2-0 seminit kemudian.Kesilapan Mohd Razman Roslan yang cuba menggelecek di depan gawang sendiri dihukum apabila Fadly Baharom cantik menyudahkan gol ketiga Kedah pada minit ke-37.

Tandukan Seator yang terkena palang pada minit ke-60 menjelmakan petanda Selangor mahu bangkit melawan di babak kedua tetapi realitinya berbeza ketika Kedah terus menguasai untuk hampir 30 minit berikutnya bagi memaksa benteng Selangor terus bekerja keras. Kesungguhan itu bagaimanapun dibalas apabila Safee Sali yang hampir tenggelam pada majoriti aksi sebelumnya, memilih membuat ledak lencong di luar kawasan penalti yang melepasi jangkauan Helmi Eliza dan menerjah jaring buat gol kedua Selangor pada minit ke-77.

Sayangnya, baki 13 minit permainan dan masa tambahan selepas itu agak terlambat ketika Kedah memastikan lakaran sejarah menjadi milik mereka semusim lagi apabila muncul pasukan pertama mengulangi pencapaian menakjubkan - memenangi ketiga-tiga piala utama buat musim kedua berturut-turut.

Sunday, August 17, 2008

FINAL PIALA MALAYSIA Kedah vs Selangor

PKWR Jerai menyediakan bas untuk peminat-peminat bolasepak di sekitar Parlimen Jerai yang ingin menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia di antara Kedah dan Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 23hb Ogos ini dengan bayaran RM80.00 termasuk tiket perlawanan.
Tempat adalah terhad dan kepada yang ingin mengesahkan tempat boleh menghubungi Sdr. Ali di talian 04-4619635 atau Sdr. Bob di talian 019-4722339. Peserta dikehendaki berkumpul di hadapan Pejabat PKWR Jerai pada 23hb Ogos dan bas akan bertolak pada jam 10 pagi.

Saturday, August 16, 2008

PAS perlu perkukuh Pakatan Rakyat - Mursyidul Am PAS

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat memandangkan Umno sudah jelas tidak mahu kepada Islam dan sekiranya dibiarkan Malaysia akan menjadi seperti Turki.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak perlu hendak bermuzakarah dengan Umno memandangkan parti itu sudah jelas tidak mahu menerima Islam.
"Kalau hendak muzakarah juga kita tanya mereka sebab apa tidak mahu menerima Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan budaya. Kita kena tanya mereka di mana tidak kena Islam sehingga Umno tidak mahu menerimanya.
"Hanya ini sahaja yang boleh.. kalau kita hendak muzakarah dengan Umno," katanya ketika berucap mengulas usul memperkukuh Pakatan Rakyat yang dibentang wakil Dewan Pemuda pada muktamar hari terakhir pagi ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di sini.
Namun katanya, setelah sampai di Perak diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.
"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama.
"Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama.
"Saya pun hairan, satu pihak hendak berunding dengan Umno dan satu pihak lagi hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat, macam mana boleh berlaku sedemikian. Ini menggelirukan orang ramai," tambahnya.
Beliau juga bimbang sekiranya dibiarkan Umno terus menguasai negara, tidak dapat ditolak kemungkinan pada masa akan datang al Quran juga akan dicetak dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan di Turki semasa di bawah Kamal Antartuk.
Menurutnya, penyakit itu akan berlaku di Malaysia kalau kita biarkan parti itu menguasai pentadbiran negara. Beliau juga berkata, PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan orang Melayu hidup sejahtera di lima negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.
"Kalau Umno tiada di muka dunia ini.. orang Melayu pun tidak rosak. Di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang orang Melayu pun boleh hidup juga," katanya.
Mursyidul Am juga menegaskan penerimaan orang bukan Islam kepada Islam itu menjadi perkara utama baginya. Kata beliau orang Cina, India dan orang Asli boleh menerima perjuangan PAS sehingga mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum lalu. Oleh beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan.
"Kalau kita sayangkan Umno kita keluarkan mereka daripada kegelapan, yang tua-tua itu biarlah.. sudah payah, begitu juga mereka yang mempunyai duit banyak.. biarlah.
"Seperti juga kita payah hendak tebang pokok besar, kecuali dengan cara kita buangkan dahulu ranting, dahannya dan lama-kelamaan pokok besar itu akan mati juga.
"Cuma kita tumpulah kepada golongan muda dengan mengajak mereka kepada Islam," ujarnya.
Sekali lagi beliau menegaskan kalau Umno merasakan mereka cukup kuat sehingga tidak mahu menerima Islam, lebih baik buat bumi sendiri dan jangan tinggal di bumi ciptaan Allah Taala.
Pada kesempatan itu juga beliau memberitahu muktamar PAS kali ini merupakan gerbang kepada kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi.

Sunday, August 10, 2008

15 keluarga di Sg. Limau terima bantuan baiki rumah

Seramai 15 keluarga di sekitar Sungai Limau telah menerima bantuan membaiki rumah hasil dari derma dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Kemasyarakatan Jerai yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerai.

Jumlah keseluruhan bantuan bagi fasa pertama adalah berjumlah RM35,000 yang melibatkan kerja-kerja menggantikan bumbung rumah, pembinaan dapur dan bilik air serta kerja-kerja membaiki rumah yang telah uzur.

Tabung Kemasyarakatan Jerai dilancarkan baru-baru adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan di Parlimen Jerai. Segala sumbangan yang diterima akan digunakan dan diuruskan sebaik-baiknya untuk membantu masyarakat yang daif dan memerlukan pertolongan.

Pada masa ini, Tabung Kemasyarakatan Jerai sedang giat mengumpul dana untuk bantuan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi. Sokongan dari penderma yang budiman amat dialu-alukan untuk mengisi tabung bantuan hari raya ini.

Derma dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB - 02084010027723 PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PARLIMEN JERAI atau melalui cek dan dihantar ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai, No. 2D Arked Majlis Daerah Yan, 08800 Guar Chempedak, Kedah.


Lawatan YB Ustaz Firdaus Jaafar ke rumah penerima bantuan memperbaiki rumah di sekitar Sungai Limau

Saturday, August 9, 2008

Meninjau kerja-kerja pemotongan dahan pokok di hadapan Sek. Keb. Sri Jerai, Gurun

Rungutan ibu-bapa dan guru di sekolah terbabit yang risau tentang keselamatan anak-anak pelajar di sekolah terbabit apabila hari hujan dan ribut telah mendapat perhatian segera dari pihak terbabit dan mengarahkan MPSPk untuk bertindak segera bagi menyelesaikan rungutan dan aduan tersebut.

Yb Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) dan Sdr. Muzaini Azizan (Ahli Majlis MPSPk) berkesempatan meninjau kerja-kerja pemotongan dahan pokok yang telah reput di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Jerai. Guru Besar sekolah terbabit mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan dan tindakan segera yang telah dilakukan.

Karnival Sukan Sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah

Sempena sambutan kemerdekaan kali ke 51 peringkat negeri Kedah, satu karnival sukan akan diadakan di perkarangan Stadium Darulaman, Kedah pada 30hb Ogos yang akan datang.
YB Firdaus telah dipilih untuk mengetuai jawatankuasa karnival sukan sempena sambutan kemerdekaan tersebut.

3 acara telah dipilih dan dipersetujui untuk dipertandingkan pada hari tersebut iaitu kenduri sepak raga, pertandingan street soccer jemputan antara jabatan dan agensi dan pertandingan tarik tali jemputan Kedah.

Kepada pasukan yang berminat sila hubungi AJK seperti senarai di bawah untuk mengesahkan penyertaan. Penyertaan adalah terhad.

1. Kenduri sepak raga - En. Fauzi 0164313814
2. Street soccer - En. Abd Rahman 0134679144 @ En. Abd Rahim 0124765450
3. Tarik tali jemputan - En. Baharom 0125517918 @ En. Bon Rit Song 0194735769

sedang mempengerusikan mesyuarat AJK sambutan

lawatan ke lokasi cadangan di perkarangan Stadium Darulaman








Melawat mangsa ribut di DUN Gurun