Saturday, March 14, 2009

SUNGAI UDANG Berbincang...


Penduduk bersama Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar (Dua dari kiri) berbincang mengenai masalah bot pukat siput di kawasan pesisir pantai Kuala Sungai Udang. Disebabkan bot-bot pukat siput tersebut, telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan pesisir pantai di kawasan itu.

Pusat Latihan Langkasuka bantu cegah pengangguran pekerjaan.

Antara tetamu yang hadir pada majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.
BEDONG- Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka kali ke-7 merupakan suatu kesempatan bagi pusat ini untuk memberi pengitirafan serta penghargaan kepada semua pelatih yang telah tamat dan berjaya menamatkan kursus dalam bidang kemahiran masing-masing dengan cemerlang.
Ketua Eksekutif Pusat Latihan Langkasuka, Dr Abdul Jalil Ahmad berkata, sektor industri dalam apa pun produknya menggunakan teknologi tinggi dan canggih, pasti memerlukan pekerja mahir yang berketerampilan di samping memiliki sifat inovatif serta kreatif.
Menurutnya, penguasaan teknologi dan kemahiran terkini hanya dapat diperolehi melalui latihan kemahiran yang berterusan. Justeru itu, Pusat Latihan Langkasuka telah menyediakan pembelajaran yang proaktif serta berketerampilan tinggi sesuai dengan korikulum Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membolehkan pelatih-pelatihnya menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang yang diceburi.
"Dalam usaha meningkatkan sumbangan kepada masyarakat, pusat latihan ini telah menjalinkan persefahaman serta kerjasama yang erat dengan Felda Prodata iaitu salah satu institusi yang diwujudkan oleh Felda dengan menawarkan latihan serta pembelajaran ditaja sepenuhnya oleh mereka (Felda) untuk anak-anak generasi baru Felda di seluruh negara sebagai salah satu obligasi sosial dalam membina semangat juang yang tinggi.
"Pada masa yang sama mereka memperoleh kemahiran Sijil Juruteknik Sistem Komputer tahap 02 dan 03 yang diitiraf dan dianugerahkan oleh JPK," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.
Abdul Jalil berkata, pada akhir tahun 2008, sebuah Pusat Kemahiran Automotive Antarabangsa berpengkalan di United Kingdum "The Institute Motor Industries- IMI" telah melantik Pusat Latihan Langkasuka sebagai "Pusat Satelit Automotive" mereka yang pertama di utara semenanjung Malaysia bagi menjalankankursus Automotive peringkat Diploma -IMI.
"Pelatih Automotive tahap 3 JPK Kementerian Sumber Manusia yang dilaksanakan di pusat ini berpeluang menambah selangkah lagi kemahiran sebagai program berkembar yang ditawarkan secara percuma oleh pusat ini dalam menokok tambah nilai bagi memperoleh pengitirafan antarabagsa," katanya.
Beliau berkata, statistik menunjukan lebih 80 peratus graduan pusat latihan tersebut yang telah tamat menjalani latihan industri telah memperoleh pekerjaan.

Pemuda Pas Jerai anjur pertandingan terbuka wau.

Sebahagian peserta pertandingan wau secara terbuka bergambar kenangan bersama pihak penganjur.
SUNGAI YAN- Seramai 150 orang pemuda sekitar Jerai telah menyertai pertandingan wau terbuka yang merupakan anjuran Pemuda Pas Kawasan Jerai dengan kerjasama pemuda Pas Cawangan Kampung Tengah, Sungai Yan.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohammad Ismail berkata, pertandingan selama dua hari itu telah menarik sebilangan besar pemuda serta belia Jerai berkumpul dalam satu program dengan melakukan aktiviti sihat tersebut.
Menurutnya, pertandingan wau diakhir-akhir musim kemarau itu bermatlamat mengumpul pemuda-pemuda Jerai di kawasan tersebut dan kampung Tengah khasnya. Dengan cara itu hubungan antara pemuda di sini mampu dikukuhkan.
"Sebagai ketua pemuda Pas, saya telah merancang pelbagai aktiviti khas untuk pemuda-pemuda di Parlimen Jerai, ianya supaya ingin melihat pemuda-pemuda di sini bersatu antara satu sama lain, untuk mencapai matlamat itu maka program seumpama ini diadakan.
"Terbukti bahawa belia-belia di Jerai telah menyokong aktiviti pemuda Pas, ini kerana setiap aktiviti yang dianjurkan telah mendapat menyertaan yang begitu menggalakkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.
Pertandingan selama dua hari yang telah tamat kelmarin itu, turut diadakan acara sambingan khas untuk kanak-kanak seperti sukaneka. Acara tersebut telah membantu memeriahkan pertandingan wau itu di samping penduduk yang hadir dapat menyaksikan kehebatan peserta menaikkan wau masing-masing.
Pemenang tempat pertama pertandingan wau terbuka tersebut, akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua RM200 manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM100. Manakala hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.
Mohamaad berkata, walaupun hadiah tidak begitu lumanyan, tetapi penyertaan pemuda di sini amat menggalakkan. Oleh itu acara tersebut akan dijadikan acara tahunan pemuda Pas Kawasan Jerai pada tahun-tahun akan datang.
"Selain menyatukan pemuda kawasan Jerai, pertandingan itu juga merupakan aktiviti supaya kita masyarakat Melayu tidak lupa permainan tradisional kita dan ianya supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja oleh generasi akan datang serta luput ditelan zaman," katanya.
Beliau berkata, mengharapkan aktiviti pemuda seumpama itu dapat dijalankan di peringkat cawangan bagi kawasan Jerai, ianya banyak memberi kebaikan kepada belia supaya melakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan.

Klinik bola sepak, asah bakat pasukan PKWR Jerai.

Azman memberikan kata-kata semangat kepada pasukan bola sepak PKWR Parlimen Jerai, baru-baru ini.
GUAR CHEMPEDAK- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai telah mengadakan klinik bola sepak bertujuan melatih pasukan bola sepak yang akan mewakili PKWR Jerai dalam pertandingan-pertandingan bola sepak yang bakal diadakan sepanjang tahun ini.

PKWR Parlimen Jerai telah menjemput bekas pemain bola sepak Kedah, Azman Eusoff untuk memberi sedikit panduan dan serta teknik-teknik bermain bola dengan betul di samping mengajar skill-skill dalam sukan bola sepak.

Pelbagai panduan diberikan sempena klinik bola sepak tersebut, ianya telah memberikan banyak manafaat kepada pasukan bola sepak Parlimen Jerai kerana banyak ilmu berguna diperolehi.

Azman berkata, terdapat beberapa orang pemain pasukan bola sepak PKWR Parlimen Jerai mempunyai bakat terpendam, bakat mereka perlulah diukir supaya bakat-bakat yang ada pada pemain pasukan tersebut dapat diketengahkan.

Menurutnya, untuk berjaya dalam sukan bola sepak, seseorang itu perlulah mempunyai semangat ketekutan dalam diri masing-masing. Selain itu, latihan yang cukup perlulah dilakukan untuk membawa pasukan PKWR Jerai maju kehadapan.
"Selain itu, untuk seseorang itu berjaya dalam bola sepak, jangan sesekali memcampur adukkan dengan permainan futsal kerana corak permainan bola sepak dan futsal adalah berbeza sebenarnya," katanya kepada Sinar Harian.

Harakah bantu ringankan bebanan pesakit leukemia

Mohd Firdaus (kiri) menyampaikan sumbangan daripada Harakah kepada Azmi bagi merawat penyakit anaknya.
YAN- Mohd Pinie Azmi, 19, telah mengidap penyakit leukemia sejak empat bulan yang lalu. Kini seluruh rambut beliau telah gugur dan memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk merawatnya, memandangkan keluarga itu menghadapi kesempitan hidup.

Bapanya, Azmi Ibrahim, 46, berkata, beliau hanya bekerja sebagai pemandu teksi terpaksa menyekolahkan tiga orang lagi anaknya yang masih bersekolah. Mohd Pinie merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik semuanya.

Menurutnya, anaknya dikesan mengidap penyakit tersebut pada 28 Disember tahun lalu. Penyakit anaknya dapat dikesan apabila gusi Mohd Pinie berdarah, apabila dibawa berjumpa doktor maka doktor telah mengesahkan bahawa anaknya mengidap penyakit luekimea.

"Untuk memastikan anak saya pulih daripada penyakitnya, kini anak saya itu telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar untuk mendapat rawatan lanjut. Difahamkan daripada doktor yang merawat anak saya bahawa untuk memulihkan penyakit tersebut memerlukan rawatan selama setahun lagi dari sekarang.

"Kini saya memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi merawat anak saya itu di samping menyekolahkan tiga lagi anak saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dirumahnya di Seberang Pekan Yan.

Untuk meringankan bebaban yang dialami Azmi bagi merawat anaknya itu, Harakah telah membantu menyumbang melalui tabungnya kepada keluarga itu sebanyak RM2000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Mohd Firdaus berkata, beliau berterima kasih kepada Harakah kerana telah membantu keluarga Azmi kerana anaknya mengidap penyakit luekemia dan kini sedang dirawat di Hospital Alor Setar. Diharapkan dengan sumbangan itu dapat meringankan bebanan keluarga tersebut.
"Meminta Azmi sekeluarga lebih tabah menempuh dugaan daripata Allah s.w.t dan sentiasa berdoa kepada-NYA di sampung berusaha melalui perubatan," katanya.

Beliau berkata, akhbar Harakah merupakan akhbar alternatif rakyat Malaysia untuk mengetahui berita-berita atau isu-isu semasa yang benar. Ianya adalah untuk rakyat mengetahui berita yang berkualiti serta mempunyai kebenaran yang sebenar.

"Oleh itu, diharapkan rakyat negara ini yang inginkan mengetahui maklumat terkini, supaya mereka melanggan akhbar Harakah kerana setiap pembelian akhbar tersebut telah menyumbang untuk tabung Harakah, melalui tabung itulah akan dibantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Tuesday, March 10, 2009

Belia perlu belajar kemahiran, elak penganguran.

Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Belia hari ini diminta menceburi bidang kemahiran kerana dilihat bidang tersebut mampu membantu daripada berlakunya pengangguran pekerjaan di kalangan rakyat negeri ini memandangkan keadaan ekonomi negara kita kini tidak stabil.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelbagai kemahiran boleh dipelajari oleh belia-belia kerana banyak pusat-pusat kemahiran yang dibuka hari ini. Oleh itu dilihat sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi mempunyai permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.
Menurutnya, dengan adanya Pusat Latihan Langkasuka yang terletak di Gurun telah membantu belia-belia di kawasan ini untuk menimba pelbagai kemahiran, terdapat juga pelajar daripada negeri lain turut menimba ilmu dalam bidang kemahiran di institut tersebut.
"Malah kini dilihat peluang yang luas dibuka kepada anak-anak Felda Generasi Baru untuk belajar dalam bidang kemahiran, kerana mereka mendapat bantuan daripada Felda malah setelah tamat pengajian Felda ada menyediakan bantuan pinjaman untuk membuka perniagaan khas untuk anak-anak Felda.
"Walaubagaimanapun, untuk berjaya belia-belia di negeri ini perlulah mempunyai minat yang tinggi, sekiranya tiada minat sesuatu bidang yang diceburi sukar untuk mencapai kejayaan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir pada Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.

Belia perlu sertai pelbagai aktiviti.

Mohd Firdaus Jaafar

KAMPUNG SETAR- Belia di Parlimen Jerai perlu berusaha mengukuhkan jati diri mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti berfaedah yang telah diadakan di Parlimen itu. Dengan penyertaan itu, ianya mampu mencapai matlamat tersebut.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau inginkan supaya belia-belia di Parlimen itu menyertai pelbagai aktiviti yang telah diatur. Penyertaan belia di sini mampu mendidik mereka menjadi individu yang berguna kepada masyarakat, negara serta agama.
Menurutnya, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai sendiri telah mengatur pelbagai aktiviti, ianya untuk disertai belia-belia di parlimen ini, antara program tersebut ialah seperti perlawanan bola sepak persahabatan antara pemuda kampung Setar.
"Apabila kita mengadakan aktiviti seumpama ini, secara tidak langsung akan menyatukan hubungan antara belia di sini sendiri. Hubungan antara satu sama lain amat diperlukan dalam menjayakan sesuatu program yang telah dirancang.
"Dilihat sehingga kini kerjasama amat baik antara belia-belia di kampung ini, kerjasama itu perlulah sentiasa diteruskan," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pemuda Jerai dan pemuda kampung Setar, baru-baru ini.
Hadir sama, ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail, Ketua Kampung Setar, Azizan Abu, ketua-ketua kampung berhampiran serta penduuduk kampung itu hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.
Mohd Firdaus berkata, dengan adanya aktiviti seumpama itu, sekurang-kurangnya belia-belia di sini mempunyai aktiviti untuk dilakukan pada masa terluang. Dalam masa yang sama, belia di sini dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.
"Belia merupakan pelapis negara pada masa akan datang, oleh kita kita perlu bersama-sama membantu belia di Parlimen ini supaya menjadi insan mulia dan terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti tidak berfaedah yang hanya merosakkan masa depan mereka kelak," katanya.

Harakah bantu ringankan bebanan pesakit buah pinggang.

Mohd Firdaus (kiri) mewakili Harakah menyampaikan sumbangan kepada Muad, kelmarin.

SUNGAI ROTAN- Harakah telah menyumbang wang tunai sebanyak RM2000 kepada Muad Nasir @Chit kerana mengidap sakit buah pinggang. Sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan Muad untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Penyampaian sumbangan daripada tabung harakah itu telah diwakili oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.
Mohd Firdaus Jaafar berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha Harakah membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti Muad untuk mengubati penyakitnya itu.
Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan aktiviti sosial dalam membantu masyarakat. Walaupun sumbangan tersebut tidak banyak, tetapi ianya dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan seperti Muad.
"Mengharapkan supaya Muad dapat menggunakan sumbangan tersebut untuk mengubati penyakit buah pinggangnya, serta meringankan bebanan yang beliau tanggung selama ini," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menyampaikan sumbangan tersebut di rumah Muad, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Ustaz Mohamad Ismail, kakitangan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai, ketua kampung Sungai Rotan serta jawatankuasa Pas cawangan kampung tersebut.
Sementara itu, Muad berkata, beliau merupakan pesara tentera dan telah mengidap penyakit buah pinggang kira-kira lima tahun lalu. Semenjak itulah beliau berulang-alik ke hospital Pantai di Sungai Petani untuk merawat penyakitnya itu.
"Dalam seminggu sebanyak tiga kali saya akan ke hospital Pantai di Sungai Petani untuk untuk merawat penyakit saya. Segala perbelanjaan kos ke sana terpaksa saya tanggung sendiri serta dengan bantuan anak-anak yang telah bekerja.
"Saya mempunyai enam orang anak semuanya dan tiga daripadanya telah bekerja, manakala tiga lagi masih bersekolah. Anak-anak yang telah bekerja inilah telah banyak membantu adik-adik mereka untuk meneruskan persekolahan, manakala isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
"Mengucapkan terima kasih kepada Harakah kerana telah membantu saya sekeluarga, sekurang-kurangnya dengan bantuan tersebut dapat membantu meringankan bebaban saya untuk merawat penyakit saya ini," katanya.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada Muad, mereka boleh datang terus kerumahnya di alamat Lot 3, belakang surau kampung Sungai Rotan, Gurun Kedah.

Umat Islam perlu mengikut jejak langkah rasullah.

Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Umat Islam diminta mengingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Sempena hari keputeraan baginda pada 12 Rabiulawal ini, ianya memberi peluang kepada kita mengingati semula perjuangan rasullah dalam menyebarkan agama Islam.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, sempena sambutan Maulidurrasul pada hari Isnin ini, kita umat Islam perlulah mengingati perjuangan rasullah dalam menyebarkan syiar Islam sehingga ianya tersebar luas.
Menurutnya, rasullah telah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan dalam menyebarkan agama Allah s.w.t iaitu Islam kepada masyarakat. Pelbagai penghinaan telah dilakukan terhadap baginda, tetapi baginda begitu tabah untuk membawa agama Islam.
"Masyarakat hari ini perlu melihat kisah-kisah rasullah ketika zamannya, sewajarnya kita hari ini juga berusaha dalam menyebarkan agama Islam dan segala rintangan dan dugaan yang ditempuhi perlulah dilalui dengan hati yang tabah.
"Umat Islam mesti menjadikan rasullah sebagai panduan kita, seperti melakukan sunnah-sunnah Rasullah kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diberikan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.
Mohd Firdaus berkata, pada masa pemerintahan rasullah, baginda memerintah dengan baik manakala pentadbiran negerinya begitu mengkagumkan. Oleh itu kerajaan negara kita hari ini juga perlu mengikut corak pemerintahan rasullah.
"Sebagai contoh, umat Islam lelaki kebanyakannya mengunakan nama "muhammad" di pangkal nama kerana nama tersebut begitu cantik seperti nama rasullah. Oleh itu jangan sekadar nama sahaja, malah sunnah rasullah yang lain perlulah kita umat Islam hari ini ikutinya," katanya.
Beliau berkata, mengharapkan supaya umat Islam hari ini mengadakan sambutan maulidurrasul di masjid-masjid sebagai tanda kita mengingati rasullah, sambutan maulidurrasul tersebut perlulah diisi dengan kuliah-kuliah agama mengingati perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam.