
Jawapan Timb. Menteri : Peruntukan tahunan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri bagi tujuan pengurusan dibayar mengikut bilangan penduduk berdasarkan bancian penduduk yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara. Bayaran dibuat 2 kali setahun iaitu Feb dan Julai setiap tahun.
Pada tahun 2007 peruntukan pengurusan kepada kerajaan negeri Kedah ialah sebanyak RM26.24 juta berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.84 juta orang. Pada tahun 2008 sebanyak RM26.57 juta telah diperuntukan kepada kerajaan negeri Kedah. Bayaran pertama sebanyak RM13.28 juta dibuat pada 15/1/2008 dan bayaran kedua sebanyak RM13.28 juta lagi dibuat pada 8/7/2008 yang lalu.
No comments:
Post a Comment