Rasul saw Menghadapi Yahudi
Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahud ! Jaisyun Muhammad qad ya`ud ! Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahudi ! Tentera Muhammad telah kembali ! Segala puji bagi AlLah swt yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. Selawat dan salam buat Rasul junjungan saw, kaum keluarga dan para sahabat yang diredhai AlLah hendaknya.
Takwim Hijrah pada tahun ini disambut oleh ummat Islam seluruh dunia dengan ratap tangis serta perasaan hiba yang tak keruan apabila hanya mampu melihat dan memendam rasa dari kejauhan melihat saudara-saudara mereka yang seagama dibunuh dengan begitu kejam sekali oleh sekelompok bangsa manusia yang mendakwa merekalah satu bangsa yang paling `mulia` di atas muka bumi ini. Dengan status bangsa `mulia` itulah mereka bebas memperlakukan apa saja kepada bangsa-bangsa lain yang menjadi penghalang kepada cita-cita `mulia` tersebut. Inilah bentuk tamaddun (hadharah) atau `civilization` yang ummat Islam dan manusia umum menghadapinya sekarang, dalam dunia moden ini.
Dari kacamata kita sebagai ummat Islam, mengapa kaum Yahudi yang hanya beberapa juta sahaja yang menjadi penduduk negara haram Israel sekarang dapat melakukan wewenangan begitu rupa sehingga tidak dapat dihalang oleh ummat Islam Arab yang ratusan juta itu. Ke mana dan apa yang dilakukan oleh ummat Arab dan pemimpin-pemimpin mereka ? Lalu bagaimana pula saudara-saudara mereka yang bukan Arab, yang jumlah mereka mencecah ribuan juta lagi, ke mana mereka ini ? Sudah tidak mendiami bumi ini lagi atau sibuk meneroka, menakluk planet-planet lain sebagai tempat tinggal yang baru…..
Sarat dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat memberikan jawapan atau tindakan yang berkesan sebagai ummat Islam !
Dari sudut pandangan yang realistik atau dari pandangan Yahudi sendiri, ummat Islam sekarang hanyalah bidak-bidak catur yang menjadi permainan mereka mencapai cita-cita dan agenda protokol. Bertepatan dengan maksud sabda Nabi saw `ummat Islam di akhir zaman seumpama buih-buih di waktu banjir` banyak tetapi tidak mempunyai kekuatannya lagi. Masih lagi kita cuba melihat dari pandangan yang berpijak di bumi nyata, sememangnya Yahudi adalah satu bangsa yang maju, memacu, mencetus dan mencorakkan ketamaddunan manusia atau civilization yang diiktiraf dunia moden sekarang.
Tidak hairanlah mereka atau bangsa Yahudi itu begitu berkuasa dan berasa mulia !
Sebagai ummat Islam dan ummat manusia mari kita menghadapi kenyataan, bahawa kita sekarang sebenarnya berada di bawah telunjuk bangsa Yahudi laknatulLah itu dalam seluruh kehidupan dan ketamaddunan manusia yang kita sedang membinanya. Cuba kita selidiki semua cabang dan aspek kehidupan kita, ekonomi, politik, pendidikan, perundangan, kebudayaan, sukan, ketenteraan, undang-undang antarabangsa, protokol dan diplomatik semuanya amat bergantung rapat dengan kepakaran dan pengiktirafan bangsa laknatulLah itulah juga.
Ya ! kenyataannya begitulah saudara-saudara ku, sehinggakan jika ada antara saudara kita yang akan bercakap atau menyuarakan pandangan `Islam` mestilah atau terpaksa atau merasa selesa dan berpuas hati jika pandangan dan suara itu mendapat restu serta melalui prosedur mereka. Lalu apa yang ada dan tinggal kepada kita, untuk kita ! sebagai ummat Islam ? Maaf ya jika saya katakan… hanya tinggal batang tubuhnya yang… masih hidup, tetapi memerlukan segala-galanya bantuan dari luar…pernafasan, oksigen, darah, makanan, air, nilai-nilai agama, ibadat dan apa saja dari orang luar terutamanya bangsa Yahudi itu lah juga !
Tidak hairanlah mereka atau bangsa Yahudi itu begitu sombong dan angkuh sekali terhadap kita !
Sampai bila kita cuba mengelak atau menafikan kenyataan-kenyataan yang berlaku dengan berdemontrasi melaungkan perasaan yang penuh emosi, sarat dengan kebencian yang amat sangat, membakar segala bendera dan patung-patung pemimpin-pemimpin mereka ? Lagak dan kelakuan kita tersebut tak ubah macam `ayam Turkey` atau ayam piru yang berbunyi.. kluk ! kluk ! kluk !.. kluk ! kluk !... kluk ! kluk ! apabila disergah oleh budak-budak nakal, lalu mengembanglah semua bulu dan kepaknya memperagakan `kehebatan` si ayam piru.. kluk ! kluk ! kluk !... kluk ! kluk ! Emosi tanpa rasional - gila. ** Rasional tanpa emosi - dungu. Sampai bila pula kita nak rasional berunding dan berdamai dengan satu bangsa yang menganggap bangsa-bangsa selain Yahudi adalah binatang. Gencatan senjata atau perjanjian hanyalah helah untuk mencengkam dan menukar taktik penyerangan atau penguasaan. Tak dapat dengan tentera sendiri, diguna PBB, NATO tak mustahil `OIC`, tak lut dengan senjata dihamburkannya melalui Bank Dunia atau bantuan kemanusiaan.
Reaksi atau tindakan dunia civilization hari ini sebenarnya satu daripada prosedur atau tunjuk ajar mereka juga saudaraku, sebab itu tak sampai ke mana pun….. Selagi ummat Islam tidak boleh berdiri dengan diri dan keupayaannya sendiri sebagai ummat Islam yang bermaruah yang beriman kepada AlLah swt dan Rasul saw lalu berbangga dengan keyakinan iaitu sistem mereka sendiri serta hidup dengan civilization mereka yang tersendiri (Hadharah Islamiyyah). Setiap diri ummat Islam itu sendiri mesti menghadapi dan menewaskan `yahudi-yahudi` berupa segala sistem yang mencengkam dan menguasai kehidupan kita sekarang ini yang berada dekat dengan kita, malahan ada dalam diri serta tabiat dan budaya persekitaran kita.
Kita insyaAlLah akan dapat menolong saudara-saudara kita di Gaza (Palestine) atau di mana jua walaupun jauh apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sistem riba, membebaskan diri dan kelompok kita dari perjuangan sia-sia membazir waktu dan usia menyuburkan sistem demokrasi, membebaskan diri dan keluarga kita dari menerima racun sistem pendidikan sekular, membebaskan diri dan rakan dari membina ekonomi kapitalis. Tetapi kita tidak akan dapat menolong dan menyelamatkan saudara kita, kaum kerabat atau anak-anak kita sendiri walaupun berada di depan mata, hatta diri kita sendiri jika kita tidak membebaskan diri masing-masing dari segala sistem Yahudi laknatulLah tersebut.
Jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh membebaskan semua rangkaian penindasan itu barulah slogan-slogan seperti - Hancur Israel, Jahanam Amerika, Pergi Mampuih Bush dan kuncu- kuncunya membawa erti yang sebenar dalam diri dan kehidupan ummah. Jika sebaliknya, samalah kita ini macam ayam piru-ayam piru tadi. Sebab itu saudaraku sudah hampir ratusan tahun ummah berdemontrasi membenci Yahudi dan sekutunya tetapi Yahudi semakin kuat. Apa tidaknya ummah hanya berpura-pura membenci Yahudi yang jauh, tetapi Yahudi yang dekat telah sebati, mendarah daging dalam kehidupan ummah sendiri.
Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahud ! Jaisyun Muhammad qad ya`ud ! Khaibar ! Khaibar ! (ingat peristiwa Khaibar) Wahai Yahudi ! Tentera Muhammad telah kembali ! InsyaAlLah apabila ummat Islam berasa bangga dan cukup istimewa dengan pengiktirafan AlLah dan RasulNya kepada mereka dengan menjadi tentera Muhammad saw yakni yang mengembalikan semula cara hidup dan berusaha bersungguh-sungguh membina serta menghidupkan Hadharah Islamiyyah seperti yang ditunjukan oleh Baginda Rasul serta generasi sahabat, pada ketika itulah segala sistem Yahudi dan semua bangsa Yahudi akan dapat dihalau atau ditewaskan sebagaimana tewas dan hinanya datuk nenek mereka dahulu Bani Qainuqa`, Bani Khuraizah dan Bani Nadir dalam peristiwa Khaibar pada bulan Muharram tahun ke 7 Hijrah.
RodhitubilLahirraba wabil Islamideena wabi Muhammadin Nabiyau wa Rasula. Sekian dahulu semoga ketemu lagi. Dari - Ibnu Ramadhan.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment