Tuesday, March 10, 2009

Belia perlu belajar kemahiran, elak penganguran.

Mohd Firdaus Jaafar

JERAI- Belia hari ini diminta menceburi bidang kemahiran kerana dilihat bidang tersebut mampu membantu daripada berlakunya pengangguran pekerjaan di kalangan rakyat negeri ini memandangkan keadaan ekonomi negara kita kini tidak stabil.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelbagai kemahiran boleh dipelajari oleh belia-belia kerana banyak pusat-pusat kemahiran yang dibuka hari ini. Oleh itu dilihat sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi mempunyai permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.
Menurutnya, dengan adanya Pusat Latihan Langkasuka yang terletak di Gurun telah membantu belia-belia di kawasan ini untuk menimba pelbagai kemahiran, terdapat juga pelajar daripada negeri lain turut menimba ilmu dalam bidang kemahiran di institut tersebut.
"Malah kini dilihat peluang yang luas dibuka kepada anak-anak Felda Generasi Baru untuk belajar dalam bidang kemahiran, kerana mereka mendapat bantuan daripada Felda malah setelah tamat pengajian Felda ada menyediakan bantuan pinjaman untuk membuka perniagaan khas untuk anak-anak Felda.
"Walaubagaimanapun, untuk berjaya belia-belia di negeri ini perlulah mempunyai minat yang tinggi, sekiranya tiada minat sesuatu bidang yang diceburi sukar untuk mencapai kejayaan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir pada Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Langkasuka, baru-baru ini.

No comments: