Saturday, March 14, 2009

Harakah bantu ringankan bebanan pesakit leukemia

Mohd Firdaus (kiri) menyampaikan sumbangan daripada Harakah kepada Azmi bagi merawat penyakit anaknya.
YAN- Mohd Pinie Azmi, 19, telah mengidap penyakit leukemia sejak empat bulan yang lalu. Kini seluruh rambut beliau telah gugur dan memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk merawatnya, memandangkan keluarga itu menghadapi kesempitan hidup.

Bapanya, Azmi Ibrahim, 46, berkata, beliau hanya bekerja sebagai pemandu teksi terpaksa menyekolahkan tiga orang lagi anaknya yang masih bersekolah. Mohd Pinie merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik semuanya.

Menurutnya, anaknya dikesan mengidap penyakit tersebut pada 28 Disember tahun lalu. Penyakit anaknya dapat dikesan apabila gusi Mohd Pinie berdarah, apabila dibawa berjumpa doktor maka doktor telah mengesahkan bahawa anaknya mengidap penyakit luekimea.

"Untuk memastikan anak saya pulih daripada penyakitnya, kini anak saya itu telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar untuk mendapat rawatan lanjut. Difahamkan daripada doktor yang merawat anak saya bahawa untuk memulihkan penyakit tersebut memerlukan rawatan selama setahun lagi dari sekarang.

"Kini saya memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi merawat anak saya itu di samping menyekolahkan tiga lagi anak saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dirumahnya di Seberang Pekan Yan.

Untuk meringankan bebaban yang dialami Azmi bagi merawat anaknya itu, Harakah telah membantu menyumbang melalui tabungnya kepada keluarga itu sebanyak RM2000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Mohd Firdaus berkata, beliau berterima kasih kepada Harakah kerana telah membantu keluarga Azmi kerana anaknya mengidap penyakit luekemia dan kini sedang dirawat di Hospital Alor Setar. Diharapkan dengan sumbangan itu dapat meringankan bebanan keluarga tersebut.
"Meminta Azmi sekeluarga lebih tabah menempuh dugaan daripata Allah s.w.t dan sentiasa berdoa kepada-NYA di sampung berusaha melalui perubatan," katanya.

Beliau berkata, akhbar Harakah merupakan akhbar alternatif rakyat Malaysia untuk mengetahui berita-berita atau isu-isu semasa yang benar. Ianya adalah untuk rakyat mengetahui berita yang berkualiti serta mempunyai kebenaran yang sebenar.

"Oleh itu, diharapkan rakyat negara ini yang inginkan mengetahui maklumat terkini, supaya mereka melanggan akhbar Harakah kerana setiap pembelian akhbar tersebut telah menyumbang untuk tabung Harakah, melalui tabung itulah akan dibantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

No comments: