Saturday, March 14, 2009

SUNGAI UDANG Berbincang...


Penduduk bersama Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar (Dua dari kiri) berbincang mengenai masalah bot pukat siput di kawasan pesisir pantai Kuala Sungai Udang. Disebabkan bot-bot pukat siput tersebut, telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan pesisir pantai di kawasan itu.

1 comment:

tempursakti said...

Assallamuallaikum YB.Ustaz,
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada YB Ustaz kerana sudi hadir menziarahi jenazah Allahyarham ayahanda saya dikg.kepala 10 pada selasa 21/4/09 yang lalu.

Sesungguhnya terdetik dihati saya untuk mengenali YB Ustaz secara mendalam dan lebih peribadi,ini kerana kehadiran YB Ustaz seolah-olah telah memberikan semangat dan kekuatan untuk kami sekeluarga yang baru merasai kehilangan seorang ayah yang amat kami sayangi untuk teruskan kehidupan dan berjuang kejalan Allah.

Saya bagi pihak ahli keluarga,amat menghargai kehadiran YB Ustaz,sebagai umat muslim saya berdoa agar usaha murni YB Ustaz sebagai wakil rakyat akan mendapat barakah dari Allah s.w.t.

Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh PKWR Parlimen Jerai daripada blog YB dan kawan-kawan,saya amat menghargai dan menyokong setiap apa yang terbaik untuk faedah dan kepentingan rakyat Jerai,InsyaAllah sekiranya ada kelapangan dan keperluan saya bersedia dan rela untuk sama-sama membantu.

Selamat maju jaya YB Ustaz,terima kasih.