Sunday, April 26, 2009

Bantuan khemah, jersi bantu kukuhkan masyarakat.

Mohd Firdaus (kanan) menyampaikan jersi serta bola kepada salah seorang wakil kampung yang diberikan bantuan tersebut, kelmarin.
SUNGAI LIMAU- Sebanyak tujuh buah kampung telah menerima bantuan khemah, manakala lapan buah kampung lagi menerima jersi dan bola untuk keperluan masyarakat serta anak muda mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menang dalam pilihanraya umum lalu, telah banyak masalah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri ini dan banyak lagi masalah-masalah rakyat bakal di selesaikan.
Menurutnya, kerajaan negeri ini mempunyai sifat keterbukaan yang menyebabkan rakyat negeri ini terus menyokong kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin negeri ini mudah ditemui dan juga sentiasa mementingkan rakyatnya.
"Dengan bantuan khemah yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri ini, ianya adalah untuk keperluan masyarakat bagi pelbagai kegunaan, apabila ingin mengadakan sesuatu program atau majlis maka penduduk boleh menggunakannya.
"Dengan adanya kemudahan tersebut untuk mengadakan sesuatu program, secara tidak langsug hubungan antara masyarakat dalam sesebuah kampung itu akan terjalin dengan lebih kukuh," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan khemah dan jersi serta bola kepada masyarakat yang di wakili oleh ketua kampung masing-masing.
Tujuh kampung yang menerima bantuan khemah ialah Kampung Teluk, Selengkoh Kabu 10, Pulau Tembun, Kuala Sungai Daun, Kampung Pisang Sungai Dedap, Masjid Sungai Lintang serta Dulang Kechil, manakala lapan buah kampung lagi yang menerima jersi dan bola ialah Kampung Bukit Choras, Batu 12 Bukit Besar, Kuala Sala, Sungai Daun Tengah, Selengkoh, Batu 17, Simpang 3 Sungai Daun serta Simpang 4 Sedaka.
Bantuan tersebut dibuat dalam tiga fasa, iaitu pada bulan Mac, Julai dan Disember, sumbangan tersebut adalah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan sebelum ini bagi DUN Guar Chempedak telah di sampaikan dalam satu majlis khas.
Hadir sama, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Isteri Kepada Menteri Besar Kedah, Shamsiah Shafiei, Isteri kepada Ahli Parlimen Jerai, Kasmuri Jaafar, kepimpinan Pas Kawasan serta ketua-ketua kampung.
Mohd Firdaus berkata, bantuan pakaian sukan serta bola tersebut bertujuan supaya belia-belia di kawasan ini yang telah membuat permohonan itu agar mereka mempunyai aktiviti berfaedah untuk di lakukan setiap petang bagi kecergasan minda mereka.
"Dengan bantuan ini juga dapat membantu mengelak daripada belia-belia di kawasan ini terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
"Saya mengharakan supaya bantuan yang telah diberikan ini di jaga dengan baik supaya semua masyarakat dapat menggunakannya," katanya.

No comments: