Tuesday, November 18, 2008

YB Jerai rai kunjungan Kelab Motosikal Padang Besar

Kunjungan Kelab Motosikal Padang Besar ke Daerah Yan disambut baik oleh Ahli Parlimen Jerai. Konvoi yang disertai lebih 30 motosikal itu dibawa menjelajah sekitar Parlimen Jerai dan kawasan-kawasan pelancongan terkenal di Daerah Yan iaitu Titi Hayun dan Pantai Murni.


Di sebelah petangnya, satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Pasukan Pilihan YB Jerai dan Pasukan Kelab Motosikal Padang Besar telah berlangsung di Padang Awam Pantai Murni yang berkesudahan dengan seri 3-3. YB Ustaz Firdaus turut mencatat nama sebagai penjaring gol bagi pasukannya.
Ustaz Mohamad Ismail (Ketua Pemuda PAS Jerai) adalah di antara pemain bagi pasukan Pilihan YB Jerai.

Kedua-dua pasukan bergambar sebelum perlawanan bermula

YB Firdaus menerima cenderahati dari kapten pasukan pelawat sambil diperhatikan oleh Ust. Mohamad Ismail

1 comment:

si lembik's said...

apa kba ustaz mohd ismail..lama xjumpa...last jumpa time muktamar..itupn macam dah ingat2 lupa psal ana lama xmai kedah