Sunday, April 26, 2009

Kerjasama MKK mampu bantu basmi kemiskinan.

Mohd Firdaus Jaafar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas, Shafie Putih (tengah) sambil diperhatikan oleh Pengerusi MKK Titi Serong, A. Halim Kadir.

TITI SERONG- Kerajaan negeri Kedah sentiasa memastikan semua rakyatnya hidup dalam keadaan selesa, ianya diberikan melalui sumbangan yang diberikan kepada masyarakat kurang berkemampuan daripada peruntukan kerajaan negeri ini dengan kerjasama Majlis Ketua Kampung (MKK) yang memberikan maklumat mengenai penduduk kawasan mereka.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan negeri ini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengambil berat terhadap rakyatnya, penduduk di negeri ini yang kurang berkemampuan turut di bantu demi memberikan keselesaan kepada semua tanpa mengira fahaman politik.
Menurutnya, oleh itu kerjasama daripada MKK dengan kerajaan negeri perlulah diperkukuhkan lagi kerana kita tidak mahu masih ada yang tercicir, kerjasama daripada MKK amat diperlukan dalam usaha kerajaan negeri ini menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Kini dilihat MKK telah memberikan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri, sebab itu sumbangan daripada peruntukan kerajaan negeri ini dapat di salurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mereka terus menjalani kehidupan ini.
"Dengan kerjasama tersebut menyebabkan hari ini (kelmarin) kita dapat mengenal pasti mereka (penduduk) yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ada yang sakit, warga emas dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar Titi Serong, kelmarin.
Sumbangan telah disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan diberikan dalam bentuk barangan dapur, sumbangan itu merupakan peruntukan daripada kerajaan negeri ini dalam membantu semua rakyatnya.
Mohd Firdaus berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, masyarakat turut disarankan supaya kita sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan jangan berbelanja mengikut nafsu, perancangan perbelanjaan perlulah dilakukan dengan berhemah.
"Rakyat di minta mencontohi kerajaan negeri ini yang melakukan perbelanjaan dengan cermat, kerajaan negeri ini hanya berbelanja dengan apa yang perlu sahaja dan tidak sesekali melakukan pembaziran.
"Justeru itu, rakyat negeri ini perlulah menyokong penuh kepimpinan kerajaan negeri ini yang kini di takbir oleh kerajaan PR, ini kerana kerajaan negeri ini merupakan kerajaan berkebajikan, adil serta benar-benar berkhidmat untuk rakyat," katanya.

No comments: