Sunday, April 26, 2009

Penyertaan futsal sempena keputeraan KDYMM Sultan Kedah meningkat.


JERAI- Penyertaan pertandingan futsal terbuka sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah terus meningkat, oleh itu kepada peminat-peminat permainan futsal boleh mula mendaftar untuk menyertai kejohanan futsal terbuka tersebut bermula 11 April ini di Sport Planet, Alor Setar.
Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sehingga kini penyertaan untuk menyertai pertandingan itu semakin meningkat penyertaannya, dan dijangkakan penyertaan tersebut akan terus bertambah.
Menurutnya, kejohanan tersebut telah mendapat penajaan daripada Figos dan kejohanan futsal itu terbuka kepada semua peminat futsal di negeri Kedah serta tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai kejohanan tersebut.
"Kejohanan futsal tersebut dibahagikan kepada tiga peringkat zon iaitu peringkat zon utara akan diadakan pada 11 April di Sport Planet, Alor Setar, zon selatan pada 12 April di Kulim Arena Futsal & Sport, Padang Serai manakala bagi zon tengah akan diadakan pada 18 April di Gurun Jaya Sport Centre, Gurun.
"Kepada mereka yang tidak sempat membuat pendaftaran pada 11 April ini, jangan risau kerana mereka boleh memilih untuk mendaftar pada hari lain di Kulim atau Gurun.
"Lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan bertanding di peringkat negeri, kejohanan peringkat negeri akan diadakan pada 25 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, selamam.
Pertandingan terbuka futsal tersebut adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah.
Beliau berkata, mengharapkan supaya belia di negeri ini akan turut menyertai pertandingan futsal tersebut kerana amalan bersukan akan memastikan tubuh badan anda terus sihat.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan futsal tersebut, mereka boleh menghubungi wakil zon tengah,shubihi (019-4433171), zon utara, Faizal (012-4626286) dan zon selatan, Syaiful (017-5689267).

No comments: